Buka Aib Orang Lain Atau ‘Doxing’ Kini Diklasifikasikan Sebagai Jenayah

Kerajaan telah menguatkuasakan akta ini semenjak 11 Julai lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan TV & Ikram
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Doxing kini diklasifikasikan sebagai jenayah bagi membendung 'aib digital'

Doxing merupakan tindakan mendedahkan data peribadi seseorang secara terbuka dalam internet tanpa kebenaran, biasanya dengan niat jahat seperti mengugut, mencemarkan nama, atau menyebabkan gangguan.

Baru-baru ini satu pindaan akta di Malaysia melibatkan isu ini telah raih perhatian ramai.

Akta tersebut ialah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang bertujuan menangani isu buli dengan lebih efektif dan menyeluruh, termasuk buli siber mula berkuat bermula 11 Julai 2025.

Pindaan ini turut merangkumi kesalahan penyebaran maklumat peribadi tanpa izin atau Doxing, yang kini diklasifikasikan sebagai jenayah serius dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Aizuddin Saad

Apa antara perkara yang dibuat dikira sebagai Doxing?

  • Alamat rumah
    Mendedahkan lokasi tempat tinggal seseorang secara umum.
  • Maklumat tempat kerja
    Termasuk nama syarikat, jabatan, atau lokasi kerja.
  • Nombor telefon peribadi
    Termasuk nombor peribadi atau nombor pasangan/keluarga.
  • Nombor kad pengenalan/keselamatan sosial
    Seperti nombor IC, pasport atau Social Security Number (SSN).
  • Maklumat bank atau kad kredit
    Nombor akaun, kad, atau apa-apa bukti transaksi kewangan.
  • Perbualan atau mesej peribadi
    Termasuk chat, emel, atau nota suara yang dikongsi tanpa izin.
  • Rekod jenayah (jika belum diumumkan secara rasmi)
    Seperti keputusan mahkamah yang belum disahkan atau direkodkan secara rasmi.
  • Gambar peribadi
    Gambar mangsa, ahli keluarga atau lokasi rumah/kereta mereka.
  • Maklumat memalukan atau sensitif
    Seperti sejarah kesihatan mental, hubungan sulit, atau isu keluarga.
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Contoh kes yang berlaku di Malaysia (sebelum pindaan)

Antara contoh kes yang melibatkan Doxing ini ialah kes seorang guru wanita dan seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Abang Wiring & CCTV' yang mengaku bersalah atas pertuduhan cuba melakukan zina.

Apa yang berlaku adalah guru tersebut dilihat telah menghadapi Doxing seperti wajahnya dipaparkan di laman-laman sosial dalam konteks yang mengaibkan.

Tetapi sebelum pindaan 2025, tiada undang-undang khusus tentang Doxing. Kes-kes berkaitan dikendalikan menerusi:

Seksyen 233(1)(a), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM)
– berkaitan penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian untuk gangguan.

Lihat penjelasan peguam di bawah:

@lawyersresponse

WALAUPUN CIKGU TU SALAH KERANA TELAH MENYONDOL PERKAHWINAN WANITA LAIN, NAMUN TINDAKAN MEMALUKAN DIA DI MEDIA SOSIAL DAN MENYEBARKAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK SENONOH MENGENAI DIRI GURU TERSEBUT, ADALAH SATU PERBUATAN YANG SALAH. WE CALL THIS DOXING! AND IT IS WRONG AND A CRIME! #cctv #wiring #cikgu #news #bully

♬ original sound – Abang Lawyer Hafiz Baharuddin – Abang Lawyer Hafiz Baharuddin

Mangsa Doxing kini boleh kenakan tindakan undang-undang

Sebelum 11 Julai 2025 – Tiada akta khusus Doxing, perbuatan kongsi maklumat peribadi tanpa izin ditangani melalui akta sedia ada:

  • Seksyen 233 (1)(a) AKM 1998 (gangguan melalui media)
  • Seksyen 499/503/509 Kanun Keseksaan (fitnah, ugutan, penghinaan)
  • Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 terhad kepada organisasi
  • Tindakan undang-undang bergantung kepada tafsiran kreatif kes, kejelasan dan keberkesanan adalah rendah

Selepas 11 Julai 2025:

  • Kanun Keseksaan (Pindaan Akta 2025) dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan Akta 2025) mula berkuat kuasa
  • Doxing kini adalah kesalahan jenayah rasmi, dilindungi di bawah:
    – Seksyen 507B-507G – merangkumi ancaman, penghinaan, dan doxing
    – Seksyen 507E – denda penjara sehingga 3 tahun bagi penyebaran data peribadi tanpa izin

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: