9 Buffet Ramadan Bawah RM60 Sekitar Lembah Klang Yang Boleh Anda Cuba Tahun Ini
Harga buffet serendah RM28+ seorang pun ada!
Cover image via Citarasa Azizah1. Sana'a Restaurant @ Cyberjaya
Image via Sana'a Restaurant
Sukakan masakan Arab? Jom ke Sana'a Restaurant untuk cuba pelbagai hidangan menarik seperti Nasi Kabsah, Nasi Mandy, Kebab dan bermacam-macam lagi. Harga promosi buffet Ramadan ini ialah RM29 seorang untuk 10 hari pertama di bulan Ramadan. Selepas itu, restoran ini mengenakan harga biasanya iaitu RM32.90 seorang.
Alamat: Sana'a Restaurant, No.13, Aras G, LKR Cyberpoint Barat, Neo Cyber, Cyberjaya, Selangor
No. Telefon: +603 8319 1776
Waktu Operasi Buffet: 6.30 petang – 10 malam
Image via Sana'a Restaurant
Image via Sana'a Restaurant
2. Polperro Steak House
Image via Polperro Steak House
Untuk yang minat masakan Western pula jangan terlepas untuk mencuba juadah yang disediakan di Polperro Steak House! Dengan harga RM39.90 seorang, menu menarik di sini termasuk Chicken Chop Black Pepper, Lamb Chop, Fish Tempura, Meatballs BBQ dan bermacam-macam lagi. Ais Kepal Coklat pun ada!
Cawangan: Seksyen 7, Shah Alam | Seksyen 13, Shah Alam
Waktu Operasi Buffet: 6.30 petang – 10 malam
No. Telefon: +6019 9999 429
Image via Polperro Steak House
Image via Polperro Steak House
3. Cafe D'Istana Jalamas @ Istana Budaya
Image via Cafe D'Istana Jalamas
Dengan harga serendah RM42.90 seorang, anda boleh menikmati juadah yang cukup menyelerakan pada harga yang berpatutan.. Daripada lauk-pauk masakan kampung ke pilihan pencuci mulut tradisional, semuanya pasti memuaskan untuk peminat masakan tempatan.
Alamat: Cafe D'Istana Jalamas, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buffet: 6.30 petang – 10 malam
No. Telefon: +6016 6777 402
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via Cafe D'Istana Jalamas
Image via Cafe D'Istana Jalamas
4. Citarasa Azizah @ Taman Sri Kenari
Image via Citarasa Azizah
Restoran Citarasa Azizah juga menyediakan buffet masakan kampung khas untuk anda yang berada di Kajang. Anda boleh dapatkan harga serendah RM35 seorang dengan membuat tempahan terlebih dahulu sebelum ke restoran ini.
Alamat: Citarasa Azizah, C-01-01, Jalan Sri Kenari 12, Taman Sri Kenari, Kajang, Selangor
Waktu Operasi Buffet: 6.30 petang – 10 malam
No. Telefon: +6012-298 2797
Image via Citarasa Azizah
Image via Citarasa Azizah
5. INTEKMA Resort & Convention Centre @ Shah Alam
Terletak di Seksyen 7 Shah Alam, buffet di INTEKMA Resort ini juga antara yang paling berpatutan. Anda boleh menikmati pelbagai pilihan juadah berbuka pada harga serendah RM50 seorang sahaja.. Harga pakej serendah RM135 turut disediakan bagi seisi keluarga dengan 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.
Alamat: INTEKMA Resort, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Buffet: 6.30 petang – 10 malam
No. Telefon: +603-5522 5000
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via INTEKMA Resort
Image via INTEKMA Resort
6. Dewan Banquet Astana Cyberjaya @ Cyberjaya
Image via Dewan Banquet Astana Cyberjaya
Menyediakan menu berkonsepkan masakan Asia Tenggara, highlights di sini termasuklah Kambing Golek! Tazkirah dan persembahan nasyid turut menjadi antara acara berbuka puasa di sini. Anda boleh menikmati buffet Ramadan di sini pada harga RM59 seorang.
Alamat: Dewan Banquet Astana Cyberjaya, Promenade @ Garden Residence, Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi Buffet: 7 malam – 10 malam
No. Telefon: +603 8063 3020
Image via Dewan Banquet Astana Cyberjaya
Image via Dewan Banquet Astana Cyberjaya
7. Ani Sup Utara @ Shah Alam
Image via Ani Sup Utara
Restoran yang terkenal dengan Sup Gearbox Kambing ini turut menyediakan buffet dengan harga yang amat berpatutan. Dengan harga RM33 seorang, anda boleh menikmati lebih dari 30 jenis makanan dan manisan bersama keluarga anda. Jangan lupa untuk cuba Ais Batu Campur istimewa juga di sini!
Alamat: Ani Sup Utara, No. 31 Block A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Buffet: 6.30 petang – 10 malam
No. Telefon: +603 5523 8375
Dapatkan maklumat di: Facebook
Image via Ani Sup Utara
Image via Ammelia Mel Nickson
8. Golden Valley @ TTDI
Image via Golden Valley
Sukakan masakan Cina Muslim? Jom berkunjung bersama keluarga ke Golden Valley! Dengan harga serendah RM48++ seorang, menu menarik yang disediakan di sini termasuk Kam Heong Lala, Claypot Seafood & Tofu, dan Salted Egg Squid.
Alamat: Golden Valley, LGB Tower, 1 Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buffet: 6.30 petang – 10 malam
No. Telefon: +603 7722 1488
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via Golden Valley
Image via Golden Valley
9. De Ja Vu Restaurant @ Setia Wangsa
Image via De Ja Vu Restaurant
Restoran unik berkonsepkan Mesir ini menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Lamb Kabsah, Hummus, dan Nasi Briyani pada harga serendah RM28+ seorang sahaja. Jom berbuka di sini!
Alamat: De Ja Vu Restaurant, No. 104, Dataran Jelatek, Jalan Jelatek, Setia Wangsa, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 6.30 petang – 10 malam
No. Telefon: +603 4253 2101
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via De Ja Vu Restaurant
Image via De Ja Vu Restaurant

