Budak Perempuan 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Pagar Konkrit Rumah Tak Kukuh

Mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.14 malam ketika di zon kecemasan Hospital Tuanku Jaafar(HTJ), Seremban.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & HTJ
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan maut dihempap tiang pagar konkrit rumah

Kejadian tersebut difahamkan telah berlaku di rumah sewa keluarga kanak-kanak terbabit di Taman Bukti Kristal di Seremban Jumaat lalu.

Menerusi laporan Sinar Harian, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.14 malam ketika berada dalam zon kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SAYS.com

Tiang pagar runtuh yang menghempap mangsa yang berusia dua tahun.

Image via Sinar Harian

Mangsa bermain dengan kakaknya berhampiran struktur binaan yang tidak kukuh tersebut sebelum dihempap

Menurutnya Mohamad Hatta, pihaknya telah menerima maklumat kejadian itu berlaku jam 7.15 malam.

"Mangsa dikatakan bermain dengan kakaknya sebelum tiang pagar yang tidak kukuh itu tumbang lalu menghempap mangsa.

"Ibu mangsa segera membawa mangsa ke HTJ, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.14 malam," katanya.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Rembau mendapati punca kematian adalah kecederaan pada kepala akibat hentakan objek berat dan tiada kecederaan lain yang dikesan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk memastikan struktur binaan di kediaman dipasang dengan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: