Budak Estet Asal Sungai Siput Kini Jadi Saintis Atmosfera Malaysia Pertama Dari Cambridge

Memulakan persekolahannya di sebuah estet di Sungai Siput, Jayaprakash Murulitharan kini memegang ijazah kedoktoran dari universiti itu bulan lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menghabiskan zaman persekolahan di estet, individu ini tidak pernah terfikir akan menjejakkan kaki ke Universiti Cambridge, apatah lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di sana

Menerusi laporan Free Malaysia Today, Jayaprakash Murulitharan pernah berpendapat membesar di luar bandar dan situasi kewangan yang terbatas akan menghalang impiannya.

Tetapi, semuanya tidak mustahil apabila hari ini, beliau merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang menamatkan pengajian dalam Sains Atmosfera dari institusi terkemuka dunia itu.

"Ramai Malaysia mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Cambridge. Saya juga mempunyai impian itu tetapi menganggapnya mustahil kerana latar belakang saya.

"Walau bagaimanapun, ayah saya yang terus mengingatkan saya dan adik-beradik bahawa tiada apa yang mustahil.

"Bermotivasi di samping dengan galakan ahli keluarga dan rakan-rakan, saya memperoleh biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Cambridge. Perjalanan saya menunjukkan bahawa dengan daya tahan dan ketabahan, sesiapa sahaja boleh berjaya," katanya.

Jayaprakash berkata impiannya itu tidak akan menjadi kenyataan jika bukan kerana biasiswa kerajaan Malaysia dan pengesyoran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

SAYS.com

Jayaprakash menerima skrolnya pada majlis graduasi yang diadakan dua minggu lalu.

Image via FMTImage via

Ijazah kedoktoran beliau dalam bidang Kimia (Sains Atmosfera) dari Jabatan Kimia Yusuf Hamied di Universiti ini memberi tumpuan kepada salah satu cabaran alam sekitar yang paling seringkali berlaku di Malaysia iaitu krisis jerebu rentas sempadan

Kajian yang dijalankannya menggabungkan pemodelan atmosfera, pengimejan satelit fluks biojisim, analisis statistik dan analitik data raya bahan pencemar udara.

Ia memodelkan bagaimana zarah daripada pembakaran biojisim di Sumatera di Indonesia bergerak merentasi sempadan negara, menjejaskan kualiti udara di bandar-bandar Malaysia terutamanya Lembah Klang.

Sekembalinya Jayaprakash ke Malaysia, beliau dapat membentangkan alat bukti konsep berasaskan AI pertama negara untuk meramalkan pencemaran udara semasa jerebu rentas sempadan kepada agensi kerajaan.

Projek ini, yang merupakan cetusan ideanya, mengintegrasikan analitik data raya daripada pelbagai jabatan kerajaan, kepakaran pembelajaran mesin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan infrastruktur data daripada jabatan alam sekitar.

Ia mewakili penanda aras serantau yang berpotensi dan meletakkan Malaysia untuk menerajui Asia Tenggara dalam ramalan jerebu dipacu teknologi AI.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fathil Asri

Mendapat didikan daripada saintis-saintis bertaraf dunia

Jayaprakash berkata adalah tidak adil untuk tidak memberi kredit kepada tiga saintis bertaraf dunia yang memberinya bimbingan sepanjang masanya di sana.

Mereka ialah Profesor Alex Archibald, seorang saintis atmosfera yang diiktiraf di peringkat antarabangsa; Profesor Chiara Giorio, seorang ahli kimia atmosfera terkemuka; dan Jennifer Schooling, seorang penyelidik terkemuka dalam inovasi bandar pintar.

Ketiga-tiga memuji pelajar bimbingan mereka yang dikatakan mempunyai minat mendalam terhadap subjek tersebut.

Archibald, merupakan penyelia PhD Jayaprakash , berkata beliau menunjukkan daya tahan yang luar biasa, mengimbangi penyelidikan yang mencabar dengan kehidupan keluarga termasuk menjaga seorang kanak-kanak berkeperluan khas di samping menyokong bapanya di Malaysia semasa sakit.

"Walaupun berdapan dengan cabaran, Jayaprakash berjaya menamatkan PhD beliau dengan cemerlang dalam tempoh masa yang ditetapkan dan penyelidikannya telah memberikan pandangan penting tentang kualiti udara serantau.

"Penggunaan data satelit beliau yang inovatif telah memberi sumbangan sebenar kepada pemahaman jerebu rentas sempadan di Kuala Lumpur dan Asia Tenggara," katanya.

Giorio, penyelia bersama, berkata Jayaprakash menunjukkan ketelitian saintifik dan kreativiti yang luar biasa dalam menangani isu alam sekitar di Malaysia, sambil menambah bahawa kerjanya bukan sahaja memajukan sains atmosfera tetapi juga memaklumkan penyelesaian dasar praktikal untuk udara yang lebih bersih di rantau ini.

Tutornya, Schooling, berkata Jayaprakash telah menunjukkan komitmen yang luar biasa untuk menggunakan sains untuk manfaat masyarakat, terutamanya terhadap dasar perancangan bandar pintar di Kuala Lumpur.

"Dedikasi Jaya kepada keluarganya dan penyelidikannya benar-benar memberi inspirasi, membesarkan keluarga muda sambil memenuhi keperluan PhD dan melakukan semuanya jauh dari rumah adalah satu pencapaian yang besar," kata Schooling.

SAYS.com

Jayaprakash bersama isterinya, S Yasotha dan anak-anak lelakinya Aarav Raul dan Arshan Razz semasa majlis graduasinya di Cambridge bulan lalu.

Image via FMT

Berharap kajian yang dihasilkannya membawa perubahan kepada Malaysia

Jayaprakash berkata impiannya adalah untuk menggunakan sains bagi memanfaatkan manusia, menjadikan penyelidikannya sebagai tindakan sebenar untuk mendapatkan udara yang lebih bersih, komuniti yang lebih sihat dan Malaysia yang lebih lestari.

"Saya berharap dapat memanfaatkan kemahiran baharu saya dalam pengekodan, pemodelan dan analisis data raya bagi menyokong pertumbuhan dasar AI yang menarik untuk kerajaan Malaysia.

"Berada di Cambridge merupakan impian yang menjadi kenyataan. Ia bukan sekadar pengalaman akademik, ia adalah cara hidup yang meraikan rasa ingin tahu, rasa hormat dan kepelbagaian intelektual.

"Persahabatan yang saya bina di sana bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan tetapi juga belas kasihan. Ia mengingatkan saya bahawa sains dan kemanusiaan boleh berkembang maju bersama," kongsinya.

Jayaprakash, seorang pemegang sarjana Chevening, juga memegang Ijazah Sarjana dalam Pengajian Alam Sekitar dan Kemampanan dari Universiti Strathclyde, Scotland dan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: