Budak Dua Tahun Mampu Hafal Sifir 1 Sampai 10 Rupa-Rupanya Peminat Kartun ‘Numberblocks’

Kecik-kecik dah genius!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @najwaghafar (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun tiga bulan yang mampu menghafal sifir satu sehingga 10 secara spontan dan lancar

Menerusi sebuah video tular di laman TikTok, kanak-kanak yang bernama Noah Ariz Amirul Mukminin menunjukkan minat terhadap nombor dan corak kiraan itu dilihat menghafal sifir enam dengan begitu mudah ketika ibunya sedang menyuap makan.

Menurut laporan Sinar Harian, ibunya, Najwa Abd Ghafar, 34, yang juga merupakan pensyarah Sains Komputer di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor berkata, kebolehan itu mula dikesan sejak anaknya menunjukkan minat terhadap nombor dan corak kiraan di usia setahun lima bulan.

"Seawal umur itu dia sudah pandai mengira mengikut turutan nombor, sehingga lah beberapa minggu sebelum Aidilfitri baru-baru ini, saya terdengar dia membaca sifir dua dengan lancar.

"Dia sebut seorang diri…ketika itu dia dengan saya dalam kereta dan saya terdengar dia sebut, dua, empat, enam, lapan, sampai habis. Tak dinafikan, saya agak terkejut.

"Alhamdulillah sekarang dia sudah boleh hafal sifir satu sehingga 10," katanya.

Image via Sinar Harian

Anak minat tengok Numberblocks, sampai tidur pun sebut nombor

Menurut Najwa lagi, kebolehan anaknya tersebut muncul secara tiba-tiba walaupun ketika itu, dia dan suami tidak pernah mendedahkannya kepada animasi berbentuk pembelajaran.

"Bila dia sudah mula menunjukkan minat dan boleh hafal sifir, saya mula bagi dia tengok kartun 'number blocks' dan lama-lama nampak dia semakin obses dengan nombor, sampai kan tidur pun sebut nombor.

"Untuk ajar dia pula, kena tengok dulu, kalau contoh saya sebut dan dia sambut soalan, itu maksudnya Noah tengah tunjukkan minat, jika kita tanya tapi dia buat tak tahu, saya tak akan paksa.

"Noah tidak ada masa khusus untuk belajar, masa yang saya ada dengan dia itulah, saya guna untuk bermain sambil belajar," katanya lagi.

"Daripada segi pemakanan pula, Noah tidak suka makanan manis. Dia lebih gemarkan buah dan saya akan cuba elakkan beri dia makan makanan tidak berkhasiat.

"Berkenaan gajet, saya lebihkan tontonan animasi pendidikan di YouTube, namun dengan kawalan dan pemantauan terhadap kandungan yang ditontonnya," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

@najwaghafar

Wait, I think my kid is a math genius. Reciting the 6 times table at 2 years old is #2y3m

original sound – najwaaaa – najwaaaa

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: