Budak 10 Tahun Cekap Kemudi Bot Setiap Pagi Ke Sekolah, Ayah Persiap Anak Dengan Ilmu Laut

Bagusnya kecil-kecil dah berdikari.

Cover ImageCover image via @scubanaut16 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mencuri perhatian warganet baru-baru ini apabila dia cekap mengemudi bot untuk ke sekolah bersama adiknya

Menerusi video yang dikongsi dalam TikTok @scubanaut16, kanak-kanak kacukan Melayu dan Hungary itu lengkap berbaju seragam sekolah tidak kekok untuk mengemudi bot milik bapanya.

Menurut laporan Harian Metro, bapanya berkata sebagai anak pulau, bot menjadi pengangkutan utama mereka kemana-mana sahaja termasuk ke sekolah kerana kampungnya tiada jalan darat yang bersesuaian menghubungkan ke sekolah.

"Video itu memang anak kemudi bot sambil dipantau saya yang turut ada bersama anak perempuan. Setiap hari dari rumah kami guna motosikal ke jeti dan kemudian kemudi bot sebelum hantar mereka dengan motosikal untuk ke sekolah.

"Kampung kami dan dua kampung lain memang perlu menggunakan bot untuk ke sekolah. Jalan darat memang tiada melainkan boleh jalan kaki, tetapi meredah hutan selama empat jam," katanya.

Sekolah ada sediakan asrama, tetapi mahu anak tinggal bersama supaya boleh pantau pelajaran dan aktiviti mereka

"Kebanyakan anak di sini, tinggal di asrama, tetapi isteri mahu anak tetap bersama kami di rumah. Biarpun kos ulang-alik dengan bot agak mahal, tetapi ini pengorbanan kami untuk anak.

"Perjalanan dengan bot ambil masa 10 minit saja jika cuaca baik, tetapi kalau kurang baik kira-kira 30 minit. Apabila cuaca kurang baik saya akan menggunakan bot lebih besar," katanya lagi.

Difahamkan, dia berkongsi video anaknya hanya untuk suka-suka, di samping ingin menunjukkan realiti kehidupan anak pulau.

Lihat video penuh di bawah:

@scubanaut16

Armin dari pra 2019 sampai sekarang hari-hari naik bot pergi sekolah Macam-macam dugaan dah rasa Hujan,ribut,ombak, air pasang surut. Semoga jadi anak yg berjasa. #ayah #myroutine #sekolah #fyp #foryou #armin #pulautioman

AYAH AKU RINDU – Tri Suaka

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: