Digelar ‘The Next Sofyank’, Aina Mariah Raih Liputan Media Antarabangsa

Namanya mula menjadi bualan selepas buat video bergayut seperti 'spiderman'.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Aina Mariah
Logo

Konten visual effect semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia oleh sebab visualnya yang menarik dan penuh dengan elemen magis

Sebut sahaja mengenai *VFX*, pastinya ramai akan mengaitkan dengan figura terkenal tempatan itaitu Sofyank.

Sofyank, seorang pemuda yang berasal dari Kelantan adalah merupakan seorang VFX artist yang sangat dikenali di Malaysia. Namanya semakin menjadi bualan, apabila dinobatkan sebagai juara di dalam Ultimate VFX Challenge di Los Angeles, April lalu.

Image via rtist

Namun, baru-baru ini Aina Mariah, seorang content creator yang juga mengetengahkan VFX di dalam video-videonya telah menjadi bualan ramai

Dalam satu hantarannya di TikTok, Aina kelihatan sedang bergayut di blok bangunan seakan-akan Spiderman. 

Ramai yang terkesima dengan hasil editingnya di dalam video tersebut dan ada juga yang berteka-teki akan bagaimana Aina melakukannya.

@ainamariah Boleh masuk audition Spider-Man tak? #vfx #insta360 #insta360x3 Bang Bang – K'NAAN

Lihat video tersebut di bawah:

Image via Aina Mariah

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih daripada 3 juta tontonan dan media Indonesia turut membuat liputan mengenainya

Image via Tribun Jakarta

Dalam satu temu bual bersama Aina Mariah, dia yang bekerja sebagai video editor di REV Media Group memberitahu bahawa dia belajar membuat VFX melalui YouTube semasa musim PKP

Sepanjang hampir 5 tahun bekerja sebagai video editor, Aina sentiasa memastikan dirinya belajar perkara dan skil baru untuk lebih maju kedepan. Dia mengambil inisiatif untuk belajar sendiri dan menjadikan beberapa VFX artist sebagai rujukan dan inpirasi.

Minatnya bermula apabila dia kerap menonton video yang berkaitan VFX di TikTok. Sejurus itu, dia cuba untuk menghasilkan satu video VFX dan tidak menyangka mendapat sambutan yang hebat daripada orang ramai. 

Selepas menghasilkan beberapa jenis video VFX di platform sendiri, Aina mengambil keputusan untuk menerbitkan satu siri di platform SAYS SEISMIK yang dikenali sebagai 'Aina Tricks'. 

Dalam siri tersebut Aina mengetengahkan tiga jenis tema iaitu transition, illusion dan special effect yang mana setiap videonya berjaya mencuri tumpuan pengguna media sosial terutama di Instagram dan TikTok.

Sejak dari awal penglibatannya dalam bidang VFX, Aina pernah berimpian untuk berkolaborasi bersama Sofyank dan impiannya itu akhirnya tercapai dalam satu projek, baru-baru ini

Aina yang juga mempunyai darah Kelantan itu berkata bahawa dia sudah lama berhasrat untuk berkolaborasi dengan idolanya itu dan tidak sangka akhirnya dia berjaya menghasilkan satu video bersama Sofyank.

Apa yang lebih menerujakan lagi, dia bukan sahaja dapat bersama Sofyank di dalam satu frame, malah sepanjang penggambaran Aina diberi tunjuk ajar sendiri oleh VFX artist terkenal itu.

"Saya sangat seronok dapat tunjuk ajar darinya walaupun dalam masa yang sama perasaan gementar tu ada. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya tak akan lupakan momen tersebut," kata Aina.

Selain Sofyank, Aina juga telah menghasilkan banyak video menarik bersama selebriti terkenal tanah air. Dia sendiri tidak menyangka kebanyakan videonya mendapat jutaan tontonan dari pelbagai negara.

Lihat video menarik kolaborasi Aina dan Sofyank di bawah:

Di sini kami himpunkan beberapa video menarik Aina Mariah yang antaranya mendapat jutaan tontonan:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: