British American Tobacco Malaysia Umum Harga Rokok Di Bawah Jenamanya Naik Jumaat Ini
Kenaikan harga rokok telah diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
British American Tobacco Malaysia Berhad (BAT Malaysia) mengumumkan harga baharu jenama rokok di bawah kendaliannya akan dikenakan bermula Jumaat ini
Menerusi laporan Harian Metro, harga rokok yang disemak semula dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan akan berkuat kuasa pada Jumaat, 21 November 2025.
Menurut BAT Malaysia, harga jenama rokok di bawah kendaliannya akan diselaraskan berikutan kenaikan duti eksais yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026.
Berikutan itu, harga baharu bagi Dunhill adalah RM18.20; Benson & Hedges (RM18.40); Peter Stuyvesant (RM16.70); KYO (RM14); Rothmans (RM12.90) dan Luckies (RM12.40).

Gambar sekadar hiasan.
Image via EcigatorBAT Malaysia percaya kerajaan mengambil langkah ke arah yang betul dengan mengumumkan peningkatan eksais yang sederhana
"Kami sedia maklum bahawa kenaikan ketara dalam harga rokok secara sejarah telah menyumbang kepada perluasan pasaran gelap tembakau, yang kini menyumbang 54 peratus daripada jumlah penggunaan rokok di Malaysia.
"Pasaran haram menimbulkan ancaman serius kepada objektif kesihatan awam, keselamatan, dan pendapatan kerajaan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Salem dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sepanjang 2025, agensi penguatkuasaan telah melakukan kerja yang hebat dalam menangani pasaran gelap tembakau, di mana usaha ini telah menjimatkan RM15.5 bilion sepanjang dua tahun lalu.
"Kami menyokong penuh inisiatif dan tindakan penguatkuasaan kerajaan yang berterusan bagi menangani isu yang berlarutan ini.
"Kami juga menggalakkan rakyat Malaysia memainkan peranan mereka dengan memilih produk yang sah dan melaporkan rokok haram melalui laman web JomLapor bagi membantu agensi penguatkuasaan undang-undang memerangi pasaran gelap tembakau," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 