Britain Anjurkan ‘Festival Zakar’ Pertama Khas Untuk Lelaki Zakar Kecil. Serius?

Ya, kalau anda rasa pelik, kami pun sama.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS.com
Logo

Musim bunga ini, Britain akan menjadi tuan rumah untuk 'Festival Zakar' pertamanya sebagai penghormatan kepada alat sulit lelaki

Image via null

Acara ini ditujukan khas kepada para lelaki dengan saiz zakar yang kecil yang selama ini merasakan diri mereka ada "kekurangan sesuatu"

Image via null

Walau bagaimanapun, ia tetap dibuka kepada orang ramai. Tetapi, bayaran penyertaan adalah lebih mahal bagi lelaki dengan saiz zakar yang lebih panjang.

Image via null

Kemasukan ke acara ini akan dikenakan bayaran sebanyak £0.50 per inci. Lelaki dengan panjang zakar antara lima hingga enam inci hanya perlu membayar £3 atau kurang untuk masuk ke dalam parti tersebut.

Menariknya, lelaki akan diminta untuk mendedahkan saiz zakar mereka sebelum masuk ke acara itu, dan ia mungkin akan berakhir dengan mereka menghabiskan duit lebih kerana mempunyai zakar yang panjang.

Bagi menambah "perisa" kepada acara berkenaan, golongan wanita turut sama dijemput hadir, dan mereka juga perlu membuat bayaran sebelum masuk. Tapi bagaimana?

Image via null

Untuk kaum wanita, bayaran yang sama akan dikenakan iaitu £0.50 per inci. Tetapi mereka perlu memberitahu saiz idaman mereka, sekiranya mereka mempunyai zakar. Lebih panjang dan besar mereka mahukan, lebih mahal bayaran.

'Festival Zakar' ini dilancarkan oleh seorang penyair bernama Ant Smith, yang baru-baru ini telah menulis sebuah sajak bertajuk Shorty mengenai zakarnya sendiri

Ant Smith.

Image via null

Sedikit petikan yang diambil daripada sajak **Shorty**:

*I have a tiny c^ck
Like a crooked little finger
Everybody else's d^ck
Is inevitably bigger*

Komen Ant Smith mengenai keputusannya menganjurkan 'Festival Zakar':

"Sudah terlalu lama, lelaki yang mempunyai saiz zakar yang kecil merasakan diri mereka ada "kekurangan sesuatu". Inilah masanya untuk mereka berdiri dan berkata tidak ada salahnya untuk tidak mempunyai alat sulit yang besar."

"Akan ada pelawak, penyair bogel, ahli muzik dan 'rappers' yang bakal membuat persembahan pada majlis itu, dimana ianya terbuka kepada lelaki dan wanita."

"Kita semua telah terkesan dengan zakar yang kecil dalam hidup kita, kini tiba masanya untuk memberikan sesuatu kembali."

'Festival Zakar' ini akan diadakan pada 7 Mac 2015 bertempat di The Rhythm Factory di Whitechapel, Road, London

Image via null

Setakat ini, seramai lebih kurang 1,100 orang telah dijemput dan 71 orang akan hadir ke acara tersebut yang diberi nama The Big Small Penis Party

Image via null

Maklumat lanjut [di sini](https://www.facebook.com/events/1606135616275859/).

Jadi, ada siapa-siapa yang nak pergi?

Image via null

Kami ada lagi cerita-cerita pelik untuk anda. BACA SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: