Bonnie Raih Dua Emas & Kini Berjaya Rangkul Kejuaraan Dunia Keempat Berturut-Turut

Tahniah Bonnie!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi muncul sebagai juara dunia menjuarai Kejohanan Para Powerlifting Dunia 2025 di Kaherah, Mesir semalam sekali gus melakar sejarah sebagai juara dunia empat kali berturut-turut

Menerusi laporan Berita Harian, atlet berusia 26 tahun itu berjaya melakukan angkatan terbaik seberat 230kg pada aksi final kategori lelaki bawah 72 kilogram, menewaskan pesaing utama dari China, Zhang Pingkang (222kg) dan peserta Britain, Mark Swan (217kg).

Bonnie turut mengungguli kategori jumlah angkatan keseluruhan dengan catatan 672kg, jauh meninggalkan Amir Jafari Arangeh dari Iran (581kg) dan Swan (427kg), sekali gus menghadiahkan dua pingat emas kepada Malaysia.

Kejayaan itu bukan sekadar mengekalkan statusnya sebagai atlet para elit dunia malah mengukuhkan lagi reputasinya sebagai antara atlet paling konsisten dalam sejarah sukan para powerlifting selepas turut menjuarai edisi 2019, 2021, 2023 sebelum ini dan kini 2025.

SAYS.com
Image via Majlis Sukan Negara Malaysia (Facebook)

Masih mengekalkan rekod dunia miliknya

Menariknya, prestasi kali ini diraih sedikit di bawah rekod dunianya, 232kg yang dicipta ketika meraih emas di Paralimpik Paris 2024.

Walau bagaimanapun, kemenangan di bumi Mesir itu sekali lagi tetap membuktikan Malaysia masih kekal sebagai kuasa besar sukan para powerlifting dunia.

Edisi kali ini menghimpunkan atlet dari 70 negara yang berentap memburu pingat serta kelayakan ke Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Bonnie kini telah mengumpul empat gelaran dunia, dua kejuaraan Paralimpik, satu emas Komanwel, tiga emas Piala Dunia dan satu emas Para Asia menjadikannya antara atlet para paling berjaya dalam sejarah sukan negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: