“Boleh Membawa Maut” – PHM Nasihatkan Jangan Campur Peluntur Dengan Bahan Pencuci

Difahamkan, kedua-dua bahan itu boleh menyebabkan berlakunya kes beracun.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Public Health Malaysia (PHM) menasihatkan orang ramai agar tidak mencampurkan peluntur dengan bahan pencuci

Hal ini kerana, jika ia dicampurkan akan menyebabkan penghasilan gas beracun.

Menerusi perkongsian di Facebook Public Health Malaysia, PHM telah menyenaraikan tiga keadaan yang boleh berlaku sekiranya peluntur dicampur dengan tiga bahan berbeza.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Seeni

Campuran boleh menyebabkan seseorang maut

Dalam hantaran itu, PHM menerangkan campuran peluntur dan ammonia akan menyebabkan berlakunya gas kloramin. Di mana ia boleh menyebabkan batuk teruk, paru-paru meradang dan sesak nafas.

Yang kedua adalah situasi ketika campuran peluntur dan cuka yang menyebabkan terhasilnya gas klorin beracun. Perkara ini akan menyebabkan anda pedih mata, dada terasa seperti dihimpit, muntah, malah boleh membawa maut.

Selain itu, peluntur dan alkohol juga sangat merbahaya kerana menyebabkan gas kloroform. Situasi ini akan membuatkan berasa pening, hilang kesedaran dan malah koma tanpa disedari.

"Bayangkan jika ini berlaku di rumah anda. Dalam sekelip mata, ruang yang sepatutnya bersih bertukar menjadi perangkap maut.

"Jangan ambil mudah. Jangan campur bahan pencuci. Jangan jadikan rumah anda penuh racun. Sebarkan pesanan ini sebelum tragedi ini berlaku kepada orang lain," jelas PHM lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: