Boleh Check Berapa Ramai Share Birthday Sama Dengan Korang Di Malaysia Dekat Website Ini!
Bolehlah buat gathering kembar-kembar terpisah lepas ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernah tak korang tertanya-tanya, berapa ramai dekat Malaysia ini yang lahir sama dengan tarikh lahir kita?
Adakah tarikh lahir kita ini rare ataupun ramai juga yang lahir pada tarikh yang sama dekat Malaysia ini? Kalau korang curious dengan persoalan-persoalan tersebut korang kena lawat satu website ini yang boleh bagi jawapannya.
Tak kira persoalan berapa orang yang mempunyai hari lahir yang sama? Bulan apa yang paling popular kelahiran berlaku? Hari apakah yang paling istimewa sepanjang tahun? Semuanya boleh terjawab!
Image via null
Macam mana nak check? Haa follow je step simple di bawah:
1. Layari laman web Birthday Explorer
Bila korang sampai sahaja ke laman web itu, korang akan dapat tengok antara mukanya seperti gambar di bawah.
Laman web ini juga menyediakan dwibahasa di mana korang boleh pilih nak guna sama ada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu.
Image via Birthday Explorer
2. Isi tarikh lahir
Selepas itu, korang scroll bawah sikit, ada ruang tarikh lahir yang korang kena isi. Dah selesai isi, tekan je butang 'Search Birthday' warna biru tu.
Perlu diingat data disediakan hanyalah untuk individu yang lahir pada tahun 1920 hinggalah 2022. Jadi, yang lahir selepas tahun itu sabar dululah ya.
Image via Birthday Explorer
3. Data-data menarik akan keluar berkenaan tarikh lahir korang!
Sebaik sahaja korang tekan butang biru tu, data-data menarik tentang tarikh lahir korang akan keluar seperti berapa ramai yang lahir sama tarikh dengan korang dekat Malaysia ini.
Menerusi data yang diberikan ini, korang boleh tengok sama ada birthday korang ini rare ataupun tidak di samping korang boleh tahu tarikh lahir yang paling popular pada tahun itu.
Image via Birthday Explorer
Image via Birthday Explorer
Tekan sahaja di SINI untuk tahu berapa ramai yang share birthday dengan korang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 