Betul Ke Rayani Air Kemukakan ‘Boarding Pass’ Dengan Tulisan Tangan?

Disebabkan ini, perkhidmatan Rayani Air boleh digantung.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Lau Weng San/Facebook
Logo

Setelah dikritik teruk bulan lalu, nama Rayani Air sekali lagi mendapat perhatian apabila didakwa mengemukakan boarding pass tulisan tangan kepada penumpang

Isu ini diutarakan oleh seorang ADUN parti DAP, **[Lau Weng San](https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10154106931569175&set=a.10150090788469175.292289.691844174&type=3)** di Facebook pada 19 Mac lalu apabila beliau memuat naik sekeping gambar *boarding pass* yang ditulis dengan tangan.

*Posting* itu telah mendapat lebih daripada 1,000 *shares* dalam masa tiga hari.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa masih tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut. Ia masih lagi dalam siasatan.

Selain itu, Lau Weng San turut menunjukkan bukti bahawa penerbangannya dari KL ke Kuching telah dijadualkan semula sebanyak 4 kali.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian akan menyiasat dakwaan tersebut kerana ia boleh menjadi ancaman keselamatan kepada penumpang

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan).

Image via www.bharian.com.my

Lebih buruk, perkhidmatan Rayani Air mungkin akan digantung sekiranya pihak kementerian terus menerima pelbagai aduan

Pada masa yang sama, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mempertikaikan operasi Rayani Air yang kononnya patuh syariah namun membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga menyusahkan pengguna

**[Dr Asyraf Wajdi Dusuki](https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/1278403342189710)**: *RAYANI AIR ni rupanya indah khabar dari rupa. Batalkan penerbangan sesuka hati hingga menyusahkan orang yang sudah mengatur pelbagai urusan.

Ingatlah! Aspek pematuhan Shariah (Shariah Compliant) bukan sekadar berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi termasuklah aspek menunaikan janji dan menepati masa.

Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh Shariah. Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk diperdagangkan tetapi perlu memenuhi prinsip Syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama.

Isunya, jangan sewenangnya menggunakan perlambangan dan penglabelan Islam untuk melariskan jualan. Ditegah keras oleh Rasulullah SAW.*

Dalam perkembangan terbaru, sumber dari Rayani Air berkata mereka terpaksa kemukakan boarding pass tulisan tangan tersebut kerana masalah sistem

Rupa 'boarding pass' sebenar Rayani Air.

Image via www.kisahemasputih.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baru saja 3 bulan beroperasi, Rayani Air nampaknya menerima kritikan yang sangat hebat dari para penumpang. Di mana silapnya?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: