BNM Keluarkan Duit Syiling Edisi Terhad Sempena ASEAN25 & Ulang Tahun Ke-75 DOSM

Menarik ni buat koleksi!

Enlarge text
Cover ImageCover image via BNM
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran dua duit syiling peringatan edisi terhad sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 (ASEAN25) dan sambutan ulang tahun ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM75)

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan BNM, siri ASEAN25 merangkumi syiling perak sterling berwarna manakala siri DOSM75 pula terdiri daripada syiling perak sterling pruf.

Kedua-dua siri ini diperbuat daripada perak tulen 92.5 peratus dengan berat 31 gram setiap satu.

Syiling perak sterling siri ASEAN25 dan DOSM75 mempunyai nilai muka RM10 dan akan dijual pada harga RM363 sekeping, dengan kuantiti tempaan sebanyak 1,000 keping.

SAYS.com
Image via BNM

Turut dikeluarkan dalam set syiling emas Nordic

Siri ASEAN25 turut ditawarkan dalam dua set syiling emas Nordic brilliant uncirculated (B.U.) manakala siri DOSM75 ditawarkan dalam set syiling Nordic gold BU.

Kedua-duanya diperbuat daripada campuran tembaga dan beberapa logam lain, dengan berat 8.5 gram setiap satu serta nilai muka RM1 sekeping.

Bagi set emas Nordic brilliant, siri ASEAN25 dijual sebagai set dua syiling bagi menyerlahkan keunikan reka bentuknya, pada harga RM24.20 setiap set dengan kuantiti tempaan sebanyak 5,000 set.

Sementara itu, siri DOSM75 akan dijual pada harga RM16.50 sekeping dengan kuantiti tempaan 5,000 keping.

SAYS.com
Image via BNM

Bagi yang mahu memiliki kedua-dua syiling emas dan perak boleh dapatkan set dengan tawaran harga RM396

Set dua syiling bagi kedua-dua siri, yang mengandungi satu syiling perak sterling pruf dan satu syiling emas Nordic pruf, turut ditawarkan pada harga RM396 setiap set, dengan kuantiti tempaan 1,000 set.

BNM berkata duit syiling peringatan ini dijual secara individu. Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai, had pembelian dikenakan untuk setiap reka bentuk.

Setiap individu boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak sterling (pruf) dan maksimum lima duit syiling emas Nordic (B.U.).

"Orang ramai boleh membuat pesanan melalui sistem dalam talian BNM dan bukan melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah.

"Tempahan boleh dipesan melalui laman sesawang duit.bnm.gov.my bermula 12 tengah hari Jumaat, 7 Nov, 2025 hingga 8:59 pagi Isnin, 17 Nov, 2025," menurut kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: