BMF & Svenson Lancar Kempen ‘Still Me With More’, Definisi Semula Penjagaan Diri Melangkaui Kecantikan
BMF x Svenson turut perkenalkan program 8-Minggu Self-Care Edit.
Cover image via @bmf_malaysia (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, BMF The Aesthetics People (dahulunya dikenali sebagai Bella Marie France) bersama Svenson, peneraju global dalam bidang trikologi tampil mengadakan kempen baharu iaitu "Still Me With More"
Kempen ini bukan sekadar kempen kecantikan. Ia adalah satu gerakan sosial tampak lembut tapi tegas untuk masyarakat Malaysia menghargai diri sendiri, dari luar dan dalam.
BMF x Svenson memilih Intermark Mall, Kuala Lumpur sebagai lokasi pelancaran rasmi kempen ini, bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia. Majlis ini berlangsung dalam suasana santai tapi penuh makna, menampilkan sesi perbualan eksklusif (fireside chat) bersama tiga figura yang cukup menginspirasikan:
– Dato Fazley Yaakob, cef selebriti, usahawan, dan Duta Svenson sejak Oktober 2024.
– Prof. Dr. Azmawaty, Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan dan kaunselor bertauliah.
– Ezzanie Jasny, pelakon dan Duta BMF sejak Jun 2025.

Tiga personaliti ini duduk bersama, berkongsi cerita dan pengalaman sebenar tentang bagaimana mereka berdepan tekanan hidup, menjaga keseimbangan mental, dan mengamalkan falsafah "Reset, Recharge, Recover."
Menurut mereka, kehidupan moden hari ini bukan tentang menjadi sempurna tapi tentang mencari keseimbangan dan kekuatan untuk terus menjadi diri sendiri.
Perkongsian tentang penjagaan kecantikan dan kesihatan mental
Sesi tersebut dibuka dengan satu kenyataan sangat benar mengenai kecantikan dan kesihatan mental yang saling berkait rapat. Statistik yang dikongsikan cukup membimbangkan, sekitar 4.6% rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas kini berdepan kemurungan, hampir dua kali ganda berbanding tahun 2019.
Menurut Puan Kim, wakil BMF The Aesthetics People dalam ucapannya berkata, "Kesihatan mental amat penting kerana tanpa keyakinan dari dalam, sukar untuk kita melihat nilai diri sendiri. Walaupun kami berada dalam industri kecantikan dan kesejahteraan, tiada rawatan wajah yang dapat menggantikan keyakinan yang datang dari hati."
Prof. Dr. Azmawaty pula menyentuh soal stigma terhadap isu kesihatan mental yang masih wujud di Malaysia. Beliau mengajak masyarakat untuk lebih empati dan terbuka untuk bercakap, mendengar, dan menerima bahawa tidak mengapa untuk tidak sempurna. Katanya, langkah kecil seperti bernafas dengan sedar, menetapkan sempadan diri, dan memberi ruang untuk berehat boleh jadi permulaan besar untuk kesejahteraan diri.
Sementara itu, Ezzanie Jasny turut berkongsi pengalaman sebagai figura awam, berkata tekanan media sosial kadangkala menggugat emosi dan keyakinan diri. Tapi bagi Ezzanie, penjagaan diri adalah bentuk kasih terhadap diri sendiri.
"Hari ini, kecantikan bukan tentang kesempurnaan. Ia tentang keselesaan dan keyakinan dalam diri sendiri," kongsinya.

Bagi Dato Fazley Yaakob,yang dikenali dengan pelbagai peranan sebagai bapa, cef, usahawan, dan ahli sukan Muay Thai mengakui bahawa hidupnya padat dan mencabar. Tapi beliau menemui keseimbangan melalui muzik, seni mempertahankan diri, dan terapi Svenson 8-in-1 Stress Relief Therapy.
"Kesihatan mental bukan tanda kelemahan. Ia perjalanan sepanjang hayat untuk memperbaiki diri," katanya.
Kedua-dua duta jenama ini bukan sekadar wajah kempen, tapi pencerminan sebenar falsafah "Still Me With More". Bagi Ezzanie Jasny, rawatan CFU Face Treatment BMF menjadi rahsia di sebalik seri wajahnya walaupun jadual penggambaran yang panjang.
Sementara itu, Dato Fazley, yang aktif bersukan dan sentiasa di dapur, menjadikan Svenson's 8-in-1 Stress Relief Therapy sebagai rutin untuk memastikan tubuh dan mindanya kekal bertenaga. Mereka bukan sekadar bercakap tentang keseimbangan tapi mereka menghidupkannya.
BMF x Svenson perkenalkan program 8-Minggu Self-Care Edit
Sempena pelancaran kempen ini, BMF x Svenson memperkenalkan program 8-Minggu Self-Care Edit, menampilkan rangkaian rawatan istimewa yang membantu pelanggan Reset, Recharge, Recover. Dari terapi kulit dan badan hinggalah ke penjagaan rambut dan kulit kepala, siri ini menegaskan bahawa penjagaan diri bukanlah kemewahan sebaliknya bentuk pemerkasaan.
Melalui "Still Me With More", BMF x Svenson menegaskan misi mereka: untuk menginspirasi rakyat Malaysia menjaga diri, luar dan dalam sambil membuktikan bahawa apabila kesejahteraan dalaman bertemu kecantikan luaran, di situlah terlahirnya versi diri terbaik kita "Still Me With More".

Untuk rekod, BMF dengan lebih 40 tahun pengalaman di Malaysia telah menjadi nama dipercayai dalam bidang estetik, kulit, pelangsingan dan kesejahteraan, dengan menawarkan penjagaan peribadi berteknologi tinggi.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1956, Svenson pula telah menerajui dunia trikologi lebih 60 tahun, memperkenalkan penyelesaian rambut dan kulit kepala yang inovatif.
Kini, BMF x Svenson mempersembahkan penjagaan dari hujung rambut ke hujung kaki, menyatukan kecantikan, kesejahteraan dan inovasi di bawah satu bumbung.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



