Blood Brothers Terus 'Mengganas' Kini Raih RM21 Juta Kutipan Selepas Empat Hari Di Pawagam
Blood Brothers: Bara Naga menerima maklum balas positif penonton dan peminat filem tanah air.
Cover image via Blood BrothersFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Filem aksi terbaharu arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, Blood Brothers: Bara Naga mencatat kutipan RM21 juta dalam tempoh empat hari tayangan termasuk tayangan awal
Naskhah tema aksi dan persaudaraan terbitan Skop Productions dan Primeworks Studios (PWS) itu ternyata memenuhi cita rasa penonton tempatan, lantas meletakkannya dalam kelas tersendiri.
Sejak mula ditayangkan di 146 pawagam seluruh negara bermula 10 April lepas, Blood Brothers: Bara Naga menerima maklum balas positif penonton apabila rata-rata memuji jalan cerita, sinematografi dan koreografi aksi yang disifatkan setanding filem Hollywood.
Lantaran itu, tidak hairanlah filem yang mengambil masa selama 70 hari dengan bajet RM7 juta ini mampu 'meledak', sekali gus menjadi buah mulut penggemar filem aksi.
Mewakili Syafiq Yusof, Yusof Haslam yang juga merupakan penerbit filem tersebut mengumumkan kutipan tersebut sebentar tadi
Ketika ditemui SEISMIK, penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam, 71, yang mewakili anaknya, Syafiq Yusof berkongsi tentang berita gembira itu ketika sidang media pada malam Isnin.
"Saya ingin mengumumkan setakat semalam selepas empat hari tayangan filem termasuk dua hari tayangan premier, kita telah mengutip kutipan sebanyak 21 juta.
"Saya bersyukur kerana pencapaian ini lebih baik daripada filem Sheriff: Narko Integriti yang ditayangkan tahun lepas," ujarnya.
Yusof berkata demikian ketika ditemui dalam mini sidang media filem Blood Brothers: Bara Naga di Balai Berita, Bangsar hari ini.
Image via Blood Brothers
Bukan sekadar filem aksi biasa, angkat tema kepercayaan, pengorbanan, dan harga sebuah persaudaraan dalam dunia yang penuh tipu daya
Filem Blood Brothers: Bara Naga memaparkan perjalanan hidup Ariff lakonan Syafiq Kyle yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Datuk Zul (Wan Hanafi Su), ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.
Sejak itu, Ariff mengangkat bai'ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.
Namun, ketika pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama.
Dalam keadaan terdesak membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan abang kandungnya yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Sementara itu, Ghaz diamanahkan untuk memburu dan menangkap Ariff, lantas menyerahkannya kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.
Blood Brothers: Bara Naga turut menampilkan pelakon seperti Irfan Zaini, Andy Teh, Ray Dap Dap, Shukri Yahaya, Amelia Henderson dan Zamarul Hisham.
Image via Blood Brothers
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

