Blood Brothers: Bara Naga Kini Jadi Filem No. 1 Di Netflix Dalam Kategori ‘Non-English Movies’
Yang penting kita ada gaya!
Cover image via @syafiqyusof (X) & Skop ProductionsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Filem pecah panggung tahun ini kini sudah menjadi filem nombor satu di Netflix bagi kategori Non-English Movies
Perkara itu diumumkan pengarahnya sendiri, Syafiq Yusof menerusi sebuah hantarannya di X.
Syafiq meluahkan rasa bersyukur apabila filemnya yang diarah bersama Abhilash Chandra kini mendapat tempat di hati peminat yang bukan sahaja dari Malaysia.
"Alhamdulillah, Blood Brothers : Bara Naga is Netflix No 1 Global Top Ten Non-English Movies!," tulisnya.

Blood Brothers: Bara Naga sudah mula disiarkan di Netflix pada 10 Ogos lepas
Menerusi laporan Malay Mail, pengarah bersama filem terbabit Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra berharap dengan tayangan di platform penstriman yang lebih meluas, lebih ramai penonton di seluruh dunia dapat 'membuka mata' terhadap karya filem aksi tempatan.
"Saya amat gembira kerana filem ini akhirnya ditayangkan di Netflix," kata Syafiq.
"Saya benar-benar berharap Blood Brothers: Bara Naga akan diterima baik oleh penonton dari seluruh dunia dan memberi peluang kepada penonton Malaysia yang terlepas menontonnya di pawagam.
"Dengan kru seramai 200 orang rakyat Malaysia, filem ini dihasilkan dengan penuh semangat dan kasih sayang sepanjang tempoh dua tahun, menjadikannya filem aksi paling berjaya di Malaysia bagi tahun 2025," tambah Abhilash.
"Sebagai pengarah dan penulis filem ini, saya dan Syafiq amat teruja dan berasa amat berbesar hati untuk akhirnya berkongsi Blood Brothers: Bara Naga bersama penonton global di platform Netflix," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



