Bioeconomy Corporation Sumbang RM39.9 Bilion Kepada KDNK Negara Dalam Dua Dekad Memacu Bioekonomi
Bioeconomy Corporation juga telah mencapai pelbagai kejayaan signifikan sepanjang dua dekad ini.
Cover image via MOSTIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bioeconomy Corporation mengukuhkan kedudukannya sebagai pemacu utama industri bioteknologi negara dengan menyumbang sebanyak RM39.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sepanjang 20 tahun penubuhannya
Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini telah memainkan peranan kritikal sejak Dasar Bioteknologi Negara (DBN) diperkenalkan pada tahun 2005, yang kini diperkukuh menerusi Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0).
Menerusi program utama seperti Status BioNexus dan Bio-based Accelerator (BBA), Bioeconomy Corporation telah mencapai pelbagai kejayaan signifikan sepanjang dua dekad:
- Pelaburan: Memudah cara lebih RM14.6 bilion pelaburan yang diluluskan.
- Peluang Pekerjaan: Menjana lebih 16,600 peluang pekerjaan di seluruh negara.
- Sokongan Industri: Menyokong hampir 650 syarikat di bawah Status BioNexus dan BBA.
- Kebolehpasaran Bakat: Program BeST 2.0 sejak 2021 telah menawarkan lebih 1,900 peluang pekerjaan dengan kadar kebolehpasaran bakat tempatan mencecah 91 peratus.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, menyatakan bahawa nilai pelaburan dan komersial pada tahun 2025 meningkat hampir 60 peratus, mencecah RM2.44 bilion berbanding RM1.55 bilion pada tahun sebelumnya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia, Chang Lih Kang
Image via Berita Harian SGStrategi lima tahun dan fokus masa depan
Menjelang tahun 2030, Bioeconomy Corporation berhasrat meletakkan Malaysia sebagai negara bioinovasi berteknologi tinggi. Strategi lima tahun akan datang akan memberikan tumpuan kepada enam subsektor bernilai tinggi:
- Protein generasi baharu.
- Pembiakan regeneratif.
- Bahan lestari.
- Bahan kimia berasaskan-bio.
- Perubatan regeneratif.
- Diagnostik ketepatan.
Hala tuju ini turut menyokong Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030) melalui sumbangan kepada ekonomi biru, hijau, dan perak.

Contoh produk kasut dan beg yang diperbuat daripada bahan berasaskan bio.
Image via MOSTIKetua Pegawai Operasi Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak, mengumumkan sasaran hasil sekurang-kurangnya RM2.2 bilion daripada syarikat seliaan mereka bagi tahun 2026. Selaras dengan visi Kerajaan MADANI, agensi ini juga bakal meneroka teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Penumpuan AI merentas sektor pertanian, penjagaan kesihatan, dan bioekonomi industri akan memperkukuh keselamatan makanan serta memacu inovasi penjagaan kesihatan," jelas beliau.

Ketua Pegawai Operasi Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak
Image via BernamaSejak penubuhannya, agensi ini telah berjaya melahirkan syarikat bioteknologi unicorn pertama Malaysia pada 2024. Selain itu, sebanyak 18 syarikat Status BioNexus kini berjaya tersenarai di pasaran tempatan dan antarabangsa termasuk di Bursa Saham New York dan London.
Pencapaian dua dekad ini membuktikan Bioeconomy Corporation sebagai tonggak utama dalam memperkasa komuniti dan menjamin pembangunan mampan Malaysia bagi masa hadapan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



