Bintang Legenda Hong Kong & Pelakon Utama Filem Kung Fu Hustle Meninggal Dunia

Mendiang terkenal dengan filem Dragon Lives Again, Magnificent Bodyguards dan Kung Fu Hustle pada 2004.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Blogspot & Enstarz
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon veteran dan bintang aksi Hong Kong, Bruce Leung Siu Long meninggal dunia pada usia 77 tahun

Pelakon legenda itu, yang merupakan antara tonggak era kegemilangan industri perfileman Hong Kong, telah dilaporkan meninggal dunia pada 14 Januari.

Menerusi laporan New Straits Times, kematiannya disahkan oleh kenalan rapat manakala keluarganya pula kini sedang mengatur urusan pengebumian tertutup. Upacara peringatan dijangka berlangsung pada 26 Januari di daerah Longgang, Shenzhen, China.

Dikenali oleh peminat sebagai Bruce Leung atau Bruce Liang, mendiang merupakan seorang pelakon yang disegani pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Seorang pengamal seni mempertahankan diri Goju-ryu Karate dan Wing Chun yang berpengalaman, Leung sering diletakkan bersama-sama ahli seni mempertahankan diri elit di zamannya.

Walaupun dibayangi dengan gelombang "Bruceploitation" susulan kematian Bruce Lee, Leung tetap berjaya mengukir legasinya tersendiri melalui kemahiran teknikalnya seni mempertahnkan dirinya tersendiri.

SAYS.com
Image via FT News

Dikenali oleh semua lapisan generasi menerusi filem Kung Fu Hustle

Penglibatannya dalam bidang perfileman yang luas merangkumi penampilan dalam filem-filem klasik seperti The Tattoo Connection dan filem arahan Jackie Chan, Magnificent Bodyguards.

Walau bagaimanapun, rata-rata penonton terutamanya generasi baharu mengenalinya melalui peranan ikonik sebagai watak antagonis "Beast" dalam karya evergreen Stephen Chow pada tahun 2004, Kung Fu Hustle.

Watak itu telah menjadi menarik semula perhatian orang ramai terhadapnya selepas berehat seketika daripada dunia perfileman, membuktikan bahawa kehadirannya di layar perak kekal tidak ditelan zaman.

Kerjaya Leung kekal aktif sehingga akhir hayatnya, muncul dalam dokumentari Dragonland pada tahun 2007 dan siri televisyen Heroes pada tahun 2020.

Walaupun mempunyai persona yang tegas di layar perak, Leung merupakan seorang suami dan bapa yang baik. Beliau meninggalkan isteri, Song Xiang, yang dikahwininya pada tahun 1995, dan dua orang anak mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: