Bill O'Reilly Sekali Lagi Hina Malaysia, Kali Ini Bandingkan Pendapatan Rakyat Malaysia
O'Reilly mendakwa, statistik pendapatan per kapita isi rumah Malaysia lebih rendah berbanding Amerika Syarikat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengulas konservatif Amerika Syarikat (AS), Bill O'Reilly sekali lagi menyerang Malaysia dengan membandingkan pendapatan per kapita isi rumah antara Malaysia dan Amerika Syarikat
Menerusi video yang tular di laman sosialnya, O'Reilly memberitahu statistik pendapatan per kapita isi rumah Malaysia ialah AS$5,731 (RM25,061) setahun manakala AS mencatatkan AS$42,220 (RM184,628).
"Angka itu menjadikan perbezaan lapan kali ganda.
"Malaysia marah pada saya, ini cerita tidak masuk akal," katanya.
Menurut O'Reilly, pendapatan kecil itu menyukarkan rakyat Malaysia untuk membeli sekali pun topi kecil daripada China.
"Jadi, jika anda mahu membeli topi kecil sekali pun anda tidak mampu kerana anda mempunyai pendapatan cuma AS$5,731 setahun. Anda juga tidak makan," kata O'Reilly.
Datuk Fahmi Fadzil bidas dakwaan tersebut dan menjelaskannya
Sementara itu, kenyataan O'Reilly turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang membidas dakwaan tersebut.
Dalam hantaran di laman X, beliau menjelaskan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2023 ialah AS$11,379 (RM49,788).
"Menurut Bank Dunia, KDNK per kapita Malaysia pada tahun 2023 ialah AS$11,379.
"Apabila diselaraskan mengikut pariti kuasa beli, jumlahnya AS$36,416 (RM159,350), meletakkan Malaysia dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi," jelasnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan O'Reilly yang mendakwa negara di Asia Tenggara 'tiada wang' dan menyifatkan ia sebagai satu pandangan yang angkuh dan jahil.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenyataan itu bukan sahaja menunjukkan kejahilan O'Reilly terhadap realiti semasa Asia Tenggara, malah turut mencerminkan pemikiran sempit yang dipengaruhi sentimen perkauman dan ideologi penjajah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via