Bila Waktu Terbaik Bercuti di Malaysia? Jom Fahami Musim Monsun Dulu!

Kalau korang ada plan nak travel hujung tahun ini, pastikan pilih tempat yang sesuai ya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Majalah Sains
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia mengalami dua musim monsun utama setiap tahun

Penting untuk tahu bila musim ini berlaku supaya anda boleh merancang aktiviti luar, perjalanan atau percutian dengan lebih selamat dan selesa. Berikut ialah panduan ringkas mengikut jenis monsun:

1. Monsun Timur Laut (November – Mac)

SAYS.com
Image via Scoop

Musim ini biasanya membawa hujan lebat dan angin kuat, terutamanya di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Antara negeri yang terjejas:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Johor Timur
  • Sabah (Pantai Timur)
  • Sarawak (Kawasan tertentu)

Tips: Elakkan aktiviti pantai seperti snorkeling atau menaiki bot kerana laut bergelora.

2. Monsun Barat Daya (Mei – September)

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Musim ini lebih kering berbanding monsun timur laut, tetapi hujan masih berlaku secara berselerak. Antara negeri terjejas:

  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perlis
  • Pantai Barat Semenanjung Malaysia

Tips: Ini adalah waktu terbaik untuk bercuti di pulau seperti Langkawi, Penang, atau Pulau Pangkor.

3. Peralihan Monsun (Mac – Mei & September – November)

Musim peralihan berlaku di antara dua monsun utama. Cuaca biasanya tidak menentu, dengan ribut petir waktu petang dan hujan lebat secara tiba-tiba.

Tips: Rancang aktiviti luar pada waktu pagi kerana hujan lebih kerap berlaku pada petang.

4. Kawasan paling terkesan di Malaysia Timur

Di Sabah dan Sarawak, kesan monsun lebih dirasai di kawasan:

  • Pantai Timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau.
  • Sarawak Utara termasuk Miri dan Bintulu.

Tips: Sentiasa pantau amaran cuaca daripada MetMalaysia sebelum merancang perjalanan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: