Big Tree Ajak Rakyat Malaysia Amal Sikap Berhemah Di Media Sosial – “Komen Atau Tidak?”
Kempen itu mengajak rakyat Malaysia untuk berhenti dan berfikir sebentar sebelum meninggalkan komen di ruangan digital.
Cover image via Big TreeFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Big Tree melancarkan kempen "Komen Atau Tidak?" baru-baru ini, sebuah inisiatif yang menggalakkan sikap berhemah di ruang siber
Bertemakan slogan, "Fikir Dahulu, Berkata Baik Selalu", kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk berhenti dan berfikir sebentar sebelum meninggalkan komen di ruangan digital.
Kebelakangan ini, peningkatan laporan serta aduan berkaitan buli siber menimbulkan kebimbangan yang semakin serius dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan itu, Big Tree mengambil inisiatif untuk memanfaatkan platform medianya bagi meningkatkan kesedaran serta memupuk komuniti digital yang berhemah dan bertanggungjawab.
Melalui rangkaian papan iklan digital yang sedia ada, Big Tree memanfaatkan ruang pengiklanan harian untuk menyeru masyarakat agar mengamalkan nilai empati, saling menghormati, dan bertanggungjawab ketika berinteraksi di ruang digital.

Big Tree ajak orang ramai untuk menyertai kempen "Komen Atau Tidak?" dan menangi hadiah wang tunai
Selaras dengan pendekatan interaktif kempen ini, Big Tree menggalakkan orang ramai untuk berkongsi nasihat tentang cara memberi komen secara positif di ruang digital. Tiga penyertaan terbaik akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500 dan nasihat mereka akan dipaparkan pada papan iklan digital Big Tree di sekitar Lembah Klang, Ipoh dan Pulau Pinang.

"Di Big Tree, kami percaya bahawa papan iklan bukan sekadar medium pengiklanan, tetapi turut berperanan sebagai saluran untuk menginspirasikan perubahan. 'Komen atau Tidak?' menggalakkan
orang ramai untuk berhenti sebentar, berfikir, dan memilih untuk memberikan komen yang membina berbanding yang berunsur negatif. Kempen ini bukan sahaja memupuk nilai empati dan rasa hormat sesama manusia, tetapi ia juga menegaskan tanggungjawab bersama dalam mendidik serta mengubah perkara yang berada dalam kawalan kita – iaitu kata-kata dan tindakan kita di ruang digital," kata Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi Big Tree.
Inisiatif ini membuktikan komitmen Big Tree dalam menggunakan platformnya sebagai saluran kesedaran sosial dan pemangkin kepada perubahan positif.
Penyertaan dibuka pada 6 November sehingga 4 Disember 2025. Peserta perlu menghantar nasihat mereka melalui www.bigtree.com.my atau mengikuti @bigtreeoutdoormy di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



