Bidaan Bermula RM50, JPJ Negeri Sembilan Lelong 100 Kenderaan Minggu Depan

Orang nogori yang berminat bolehlah lock the date!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) Negeri Sembilan akan melelong 100 pelbagai jenis kenderaan, dengan bidaan bermula pada harga RM50

Menerusi laporan Harian Metro, program bidaan berkenaan akan dijalankan pada 28 Januari, hari Rabu minggu hadapan.

Pengarah JPJ negeri, Hanif Yusabra Yusuf, berkata antara kenderaan yang tersedia termasuk lori rigid serta motosikal jenis RXZ yang menjadi perhatian ramai dalam kalangan peminat dan pengumpul kenderaan.

"Dokumen lelongan akan dijual pada 26 dan 27 Januari 2026 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, di kaunter 39, Blok Omega, JPJ Negeri Sembilan di sini.

"Orang ramai yang berminat untuk membida kenderaan terbabit boleh membeli buku mengandungi maklumat kenderaan pada harga senaskhah RM100 dan bayaran hendaklah dibuat secara tunai.

"Pembida yang sudah membeli dokumen lelongan dibenarkan membuat pemeriksaan awam ke atas kenderaan motor di dua lokasi iaitu Depoh Sita, JPJ Negeri Sembilan dan Depoh Sita, Stesen Penguat kuasa JPJ Pedas, Rembau," katanya.

SAYS.com
Image via Ahmad Hasbi/Harian Metro

Lelongan kali ini dijangka menarik lebih banyak minat berbanding siri sebelumnya

Menurut Hanif, pihaknya menjangkakan hasil kutipan lelongan kali ini akan lebih memberangsangkan berbanding siri terdahulu, berikutan terdapat beberapa kenderaan yang dijangka menjadi tumpuan pembida.

Tambahnya, hasil kutipan keseluruhan bidaan bagi lelongan awam kenderaan lucut hak siri 2/2025 sudah mencatatkan jumlah sebanyak RM120,800.

"Ia mencerminkan sambutan dan minat yang menggalakkan daripada orang awam terhadap penganjuran lelongan oleh JPJ.

"Kita berharap lelongan ini dapat memberi manfaat kepada orang awam untuk memiliki kenderaan secara sah serta menyokong pengurusan aset lucut hak yang telus," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: