Betul Ke Trend Menari Ambil Duit Raya Didakwa Ikut Tarian Yahudi? Ini Info Yang Kami Temui
Trend tersebut tular di laman TikTok baru-baru ini.
Cover image via @teaciz (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, pelbagai trend dan transition tular di laman TikTok menjadikan suasana beraya lebih riuh dan meriah
Banyak keluarga yang dilihat membuat trend di TikTok mengikut kreativiti masing-masing. Tidak dinafikan, aktiviti seperti itu sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan sesama saudara-mara.
Namun, tular pula isu mengenai salah satu trend baru-baru ini yang didakwa mengikut tarian tradisional kaum Yahudi telah mencuri tumpuan rakyat Malaysia.
Image via @teaciz (TikTok)
Trend menari sebelum ambil duit raya dikaitkan dengan tarian kaum Yahudi, tapi sejauh mana kebenarannya?
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @teaciz di TikTok, individu tersebut mendakwa trend menari sebelum ambil duit raya itu sama seperti tarian tradisi kaum Yahudi.
Tarian itu menjadi tular selepas beberapa video keluar di laman FYP TikTok dan menjadi ikutan ramai, di mana individu perlu menari mengikut irama sebelum menerima duit raya.
Pada mulanya, ia dilihat sebagai hiburan saja. Walau bagaimanapun, segelintir pihak termasuk tokoh agama menganggapnya sebagai tidak menghormati tradisi dan adab semasa Hari Raya Aidilfitri.
Malah, ada yang mengaitkan tarian tersebut persis seperti tarian tradisional Yahudi.
Bagaimanapun, menurut kajian kami, ia adalah merupakan Penguin Dance yang diamalkan oleh masyarakat di Albania
Tarian itu dikenali sebagai Penguin Dance, yang popular di Balkan dan ada yang mendakwa berasal dari Romania dan Albania.
Menurut laporan Folkdance, ada juga yang mendakwa ia berasal dari Finland di mana diberi gelaran Letkajenkka. Ia dipercayai telah menggunakan rentak irama lagu itu sendiri lalu dimainkan di kaca TV Jerman dengan tarian diberi nama Penguin Dance.
Bagaimanapun, setelah membuat kajian, kami belum menjumpai sumber yang lain yang menyokong dakwaan tersebut.
Jadi apa pendapat anda?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


