Betul Ke Malaysia Dah Termasuk Dalam Senarai Larangan Travel UK? Ini Penjelasannya
Baru jelas!
Cover image via Sonny Tumbelaka/AFPFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa saluran berita antarabangsa telah melaporkan bahawa UK telah memasukkan Malaysia ke dalam senarai "Do Not Travel" susulan kemas kini terbaru oleh Foreign, Commonwealth & Development Office (FCDO) UK (FCDO)
Tetapi perkara itu tidak tepat sepenuhnya. Malaysia secara keseluruhannya tidak berada di bawah saranan "Do Not Travel" UK, dan FCDO juga tidak mengeluarkan saranan agar tidak melancong ke negara ini.
Tiada amaran menyeluruh "Do Not Travel" atau "Avoid All Travel" yang meliputi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi atau kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak. Bagi sebahagian besar kawasan di Malaysia, saranan perjalanan UK adalah kekal dengan standard biasa.
Jadi kenapa Malaysia disebut di tajuk-tajuk utama berita?
Awal bulan ini, UK mengeluarkan kemas kini utama kepada saranan perjalanannya susulan peningkatan ketegangan di Timur Tengah yang melibatkan AS, Israel dan Iran, termasuk aktiviti serangan peluru berpandu dan dron yang menjejaskan ruang udara.
Apabila media UK dan beberapa saluran berita tempatan melaporkan bahawa "76 negara" kini memegang status terima amaran perjalanan, Malaysia turut muncul dalam senarai itu.
Tetapi sebenarnya terdapat butiran utamanya. Senarai itu adalah terdiri daripada negara-negara di mana UK menyarankan untuk tidak pergi ke wilayah tertentu, bukan seluruh negara. Malaysia termasuk dalam kategori berkenaan. Ianya bukanlah amaran baharu, dan ia bukan merangkumi seluruh negara.

FCDO telah lama menyarankan untuk tidak melakukan semua kecuali perjalanan penting ke pulau-pulau dan lokasi menyelam di luar pantai timur Sabah, dari Sandakan ke Tawau
Saranan ini telah berkuat kuasa selama bertahun-tahun.
Pengecualian di Sabah wujud kerana risiko penculikan untuk wang tebusan oleh kumpulan bersenjata yang beroperasi di Laut Sulu, termasuk kumpulan militan Abu Sayyaf.
Amaran ini tidak terpakai kepada:
- Kota Kinabalu
- Sebahagian besar kawasn Sabah
- Kuala Lumpur
- Penang
- Langkawi
- Kawasan lain di seluruh Malaysia
Kawasan-kawasan berikut kekal di bawah saranan perjalanan biasa.

Apabila UK mengemas kini saranan untuk kawasan di Timur Tengah, media telah menggabungkan negara terlibat dengan sebarang jenis sekatan di kawasan serantaunya
Ini termasuk tempat-tempat seperti:
- Thailand (hanya di wilayah-wilayah selatan)
- Mexico (negeri-negeri yang terkesan dengan kegiatan kartel)
- Tanzania (kawasn sempadan)
- Malaysia (kepulauan timur di Sabah)
Kesannnya, Malaysia turut dikira secara menyeluruh dalam pandangan global, meskipun saranan perjalanannya tidak berubah.
Walaupun ia menjadi sebuah tajuk utama yang dilihat dramatik, ia tidak mencerminkan sebarang risiko baharu di seluruh negara.
Bagi pelancong yang mahu ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi atau sebahagian besar kawasan Sabah, tiada sebarang perubahan berlaku
Satu-satunya implikasi praktikal ialah jika penduduk UK melancong ke pulau-pulau tertentu di timur Sabah yang berada di bawah saranan terbabit, insurans perjalanan mereka mungkin terbatal.
Di luar zon sempit tersebut, Malaysia kekal sebagai destinasi biasa yang dibenarkan di bawah panduan perjalanan UK.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sonny Tumbelaka/AFPKesimpulannya? Malaysia tidak berada dalam senarai "Do Not Travel" UK
Ia telah dikumpulkan ke dalam kiraan negara yang lebih luas yang menerima beberapa bentuk amaran serantau dilibatkan kepada negara-negara tersebut.
Kemas kini Mac 2026 daripada FCDO sebahagian besarnya melibatkan konflik yang semakin meningkat di Timur Tengah, bukannya di Asia Tenggara. Jadi tidak, Malaysia tidak secara tiba-tiba menjadi zon larangan bagi penduduk UK.
Ia hanyalah kes pemilihan tajuk utama yang tidak memperincikan saranan lebih spesifik dan telah lama wujud menjadi sesuatu yang jauh lebih membimbangkan daripada situasi sebenar.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Marcin Golba/NurPhoto/AFP

