Betul Ke ‘Maintenance Fee’ Rumah Tak Wajib Bayar? Ini Penjelasan Yang Ramai Perlu Tahu
Semoga bermanfaat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu yuran penyelenggaraan atau maintenance fee bukan perkara baharu dalam komuniti perumahan, terutamanya kawasan strata seperti pangsapuri, kondominium dan perumahan berpagar

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan MalaysiaNamun, masih ada segelintir penghuni yang enggan membayar dengan alasan 'ia tidak wajib'.
Persoalannya, betulkah bayaran ini sekadar pilihan, atau sebenarnya satu kewajipan?
Apa sebenarnya maintenance fee ini?
Menurut laporan Kosmo!, secara ringkas, maintenance fee ialah bayaran yang dikutip untuk menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan kawasan perumahan secara berterusan.
Antara perkara yang dibiayai melalui yuran ini termasuk:
- Keselamatan (pengawal, CCTV)
- Kebersihan kawasan
- Penyelenggaraan lif
- Lampu dan utiliti kawasan awam
- Landskap dan infrastruktur asas
Tanpa kutipan yang konsisten, kemudahan bersama akan terjejas dan akhirnya menjejaskan kualiti hidup semua penduduk.

Gambar sekadar hiasan.
Image via EdgePropImage viaBoleh ke kutip duit sesuka hati?
Dalam Islam, mengambil harta orang lain tanpa hak adalah dilarang. Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah…"
(Surah al-Nisa', ayat 29)
Sebab itu, sebarang kutipan yuran hanya dibenarkan jika:
- Ada peruntukan undang-undang yang sah
- Dilakukan oleh badan yang diberi kuasa
- Dipersetujui melalui perjanjian yang jelas
Dan di sinilah peranan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB)
Peranan JMB & undang-undang
Di Malaysia, pengurusan hartanah strata tertakluk di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Di bawah akta ini:
- JMB ditubuhkan secara sah untuk mengurus harta bersama
- JMB mempunyai kuasa mengenakan yuran penyelenggaraan
- Pemilik wajib membayar yuran tersebut seperti diperuntukkan dalam Seksyen 24(1)(a)
Ringkasnya, ini bukan kutipan suka-suka, tetapi kewajipan yang termaktub dalam undang-undang.
Dari sudut hukum Islam, wajib atau tidak?
Jika yuran:
- Dikutip oleh JMB yang sah
- Mengikut peraturan undang-undang
- Digunakan untuk kepentingan bersama
Maka hukumnya:
– Harus dikutip
– Wajib dibayar oleh pemilik
Ini selari dengan firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah perjanjian-perjanjian."
(Surah al-Ma'idah, ayat 1)
Apabila membeli hartanah strata, pemilik sebenarnya telah bersetuju dengan terma pengurusan bersama termasuk soal yuran penyelenggaraan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 