Betul Ke Februari 2026 Bulan Unik Yang Hanya Muncul Sekali Dalam 823 Tahun?

Biar betul!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Lalalab
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini timbul kembali dakwaan bulan Februari tahun ini adalah unik dan akan berlalu lagi dalam tempoh 823 tahun kemudian

Apa yang membuatkan dakwaan ini timbul adalah bagaimana susunan hari untuk bulan Februari tahun ini menampakkan ia seperti istimewa disebabkan hari bulan yang bermula betul-betul pada hari Ahad di samping jumlah setiap hari pada bulan tersebut adalah sama iaitu empat.

Realitinya, dakwaan ini bukan datang daripada pakar astronomi atau pakar kalendar, tetapi adalah hasil salah tafsiran corak tarikh yang nampak luar biasa tetapi sebenarnya normal.

Biasanya, "keunikan" ini merujuk kepada bulan Februari yang mempunyai 28 hari sahaja, bermula pada hari Ahad atau Isnin dan tidak mempunyai tarikh 29 (bukan tahun lompat). Hakikatnya, ini bukan perkara luar biasa dan berlaku secara berkala.

SAYS.com
Image via Calendar Malaysia

Untuk faham kenapa dakwaan 823 tahun itu tak masuk akal, kita kena faham asas kalendar yang kita guna hari ini, Kalendar Gregorian

Dalam sistem ini:

  • Setiap tahun ada 365 hari
  • Tahun lompat berlaku setiap 4 tahun
  • Februari akan ada 29 hari dalam tahun lompat
  • Kitaran hari dan tarikh akan berulang setiap 28 tahun (untuk tahun biasa)


Maksudnya, corak seperti "Februari 28 hari bermula hari Ahad" akan muncul semula lebih kurang setiap 6, 11 atau 28 tahun, bukannya ratusan tahun.

Jadi, dari sudut matematik kalendar, tiada langsung logik untuk angka 823 tahun ini.

SAYS.com

Hantaran tular yang menyebarkan mitos tersebut.

Image via Facebook

Mitos yang sering didengar sebagai MiracleIn

MiracleIn merujuk kepada dakwaan bahawa Februari 2026 mempunyai 28 hari tepat (4 minggu penuh), dengan setiap hari minggu (Isnin hingga Ahad) muncul tepat 4 kali, bermula pada Ahad.

Fenomena ini pernah berlaku pada 2015, jadi bukti ia berulang hampir setiap beberapa tahun, bukan 823 tahun.

Kitaran kalendar Gregorian berulang setiap 28 tahun untuk corak yang serupa, disebabkan oleh tahun lompat setiap 4 tahun. Angka 823 tahun tiada asas matematik dan sering digunakan dalam untuk tujuan clickbait.

Isu ini sebenarnya boleh beri kita pengajaran penting seperti jangan terus percaya info tular dan corak yang cantik bukan bermaksud keunikan yang luar biasa.

Kalau sesuatu dakwaan melibatkan masa, sejarah, atau matematik, ia hampir pasti boleh disemak dengan logik dan rujukan mudah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: