Bermula 2026, Hanya Premis Miliki Tandas Bersih & Capai Standard Sahaja Layak Lulus Lesen Perniagaan
Inisiatif itu bertujuan untuk mewujudkan standard tandas 'BMW' (Bersih, Menawan dan Wangi) sebagai norma negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula tahun 2026, hanya premis yang memiliki tandas bersih dan memenuhi standard minimum kebersihan layak diberi kelulusan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)
Menerusi laporan Bernama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata garis panduan baharu itu akan mula dilaksanakan secara berfasa dalam usaha kementeriannya mengangkat imej dan standard tandas dalam negara.
"Pelaksanaan garis panduan itu akan dibuat secara berfasa mengikut kategori PBT, melibatkan majlis bandar raya bermula 2026, majlis perbandaran (2027) dan majlis daerah (2028).
"Langkah itu bertujuan memastikan standard tandas 'BMW' (Bersih, Menawan dan Wangi) menjadi norma nasional serta meningkatkan imej perkhidmatan awam dan pengalaman pengguna, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Image via FacebookPremis perniagaan dan bangunan awam dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya satu tandas lelaki dan dua tandas wanita
Tambahnya, garis panduan baharu itu juga menetapkan nisbah baharu kemudahan tandas di premis perniagaan dan bangunan awam iaitu sekurang-kurangnya satu tandas lelaki dan dua tandas perempuan, sedar bahawa wanita pada amnya memerlukan lebih banyak masa apabila menggunakan tandas.
"Mulai tahun depan, tandas awam yang dibina perlu mengikut garis panduan KPKT supaya 10 tahun akan datang tidak lagi perlu beratur panjang menjelang hari perayaan.
"Saya sendiri observe dan lihat wanita memerlukan lebih masa menggunakan tandas. Hal ini juga dibuktikan melalui dapatan saintifik kerajaan Jepun," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 