Berminat Melukis Dan Mereka Bentuk Bangunan Yang Unik? Terokai Laluan Kreatif Ini Untuk Membina Masa Depan Sebagai Seorang Arkitek
Minat melukis, suka sketch idea atau selalu kagum dengan bangunan unik? Mungkin anda sebenarnya ada potensi dalam dunia seni bina

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Sunway University
Ramai yang mungkin membayangkan secara dasarnya kerja arkitek hanya sekadar melukis pelan bangunan. Tetapi sebenarnya, bidang ini jauh lebih luas dan menarik daripada yang disangkakan.
Seni bina bukan sekadar tentang bangunan. Ia adalah tentang bagaimana ruang direka untuk menyokong cara manusia hidup daripada rumah yang kita diami, ruang kerja yang kita gunakan setiap hari, tempat awam untuk berehat, sehinggalah bangunan ikonik yang menjadi simbol sesebuah bandar.
Jika anda gemar melukis atau membuat lakaran idea, membina model, serta mereka bentuk projek secara kreatif, dan sering tertarik dengan bangunan yang unik dan berbeza, mungkin tanpa sedar anda sebenarnya mempunyai minat dan bakat dalam dunia seni bina.
Bagi seorang arkitek, setiap ruang yang direka bukan sekadar struktur fizikal semata-mata, tetapi juga bertujuan memberikan keselesaan kepada pengguna untuk berinteraksi dan menggunakan ruang tersebut dalam kehidupan seharian dengan lebih efisien dan praktikal.
Seni Bina Hari Ini Lebih Daripada Sekadar Mengejar Kecantikan
Dalam dunia moden hari ini, arkitek bukan sekadar hanya menitikberatkan tentang reka bentuk bangunan semata-mata, tetapi mereka juga perlu mempertimbangkan pelbagai aspek lain yang memberi kesan kepada kehidupan manusia, seperti berikut,
Mereka juga perlu memikirkan perkara seperti:
- Bagaimana sesebuah bangunan memberi pengalaman yang selesa dan bermakna kepada penggunanya
- Bagaimana reka bentuk dapat menyokong dan memberi manfaat kepada sesebuah komuniti ataupun masyarakat
- Bagaimana sesebuah bangunan dapat direka dengan menitikberatkan aspek kelestarian
Oleh itu, seni bina hari ini merupakan gabungan beberapa elemen penting yang merangkumi kreativiti, teknologi dan kelestarian. Arkitek masa hadapan perlu mampu menghasilkan reka bentuk yang bukan sahaja inovatif dan menarik, tetapi juga praktikal.
Program Baru Untuk Generasi Arkitek Masa Depan
Bagi pelajar yang berminat untuk mendalami bidang seni bina, Sunway University kini memperkenalkan program baharu, iaitu Bachelor of Arts (Honours) in Architecture, yang direka khusus untuk melahirkan generasi arkitek masa depan.

Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang kreatif, kritikal dan mempunyai forward thinking.
Tempoh pengajian ialah 3 tahun sepenuh masa dengan pendekatan pembelajaran yang menekankan aspek praktikal, eksplorasi idea serta pemikiran kreatif dalam mereka bentuk.
Apa Yang Pelajar Akan Belajar?
Berbeza dengan kursus yang terlalu menekankan aspek teori semata-mata, program ini menggunakan pendekatan 'studio-based learning'.
Ini bermakna pelajar akan diberi pendedahan pembelajaran secara praktikal melalui pengalaman seperti:
● Projek reka bentuk
● Eksperimen dan eksplorasi idea
● Pembinaan model
● Penggunaan teknologi seperti 3D modelling dan Building Information Modelling (BIM)
Sepanjang pengajian, pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai aspek penting dalam seni bina, termasuk sejarah dan teori seni bina, teknologi pembinaan, sistem alam sekitar dalam reka bentuk, serta projek studio reka bentuk dari semasa ke semasa.
Dengan itu, pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada teori atau syarahan semata-mata, tetapi turut melibatkan proses mencipta, menguji dan membangunkan idea reka bentuk secara langsung melalui latihan studio dan projek praktikal.
Dua Laluan Kreatif Untuk Dipilih
Menariknya, program ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk memilih laluan pengkhususan yang selari dengan minat dan kecenderungan mereka.

1. Experiential & Immersive Architecture
Kluster ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan pengalaman ruang secara lebih mendalam dan realistik. Pelajar akan didedahkan kepada elemen seperti pencahayaan, bunyi dan akustik, serta penggunaan teknologi seperti AR/VR yang dapat mempengaruhi pengalaman pengguna terhadap ruang yang direka.
Dengan itu, kluster ini menekankan penciptaan ruang yang bukan sahaja practical, tetapi juga mampu memberikan pengalaman yang unik kepada manusia.
2. Bio-Integrated Architecture
Kluster ini menekankan aspek alam semula jadi dalam reka bentuk seni bina. Pelajar akan mempelajari bagaimana prinsip kelestarian alam boleh diterapkan ke dalam reka bentuk bangunan, termasuk melalui konsep biomimicry, integrasi antara landskap dan bangunan, serta pendekatan untuk menghasilkan seni bina yang lebih mesra alam dan mampan.
Kandungan topik dalam kluster ini amat releven dalam konteks masa kini, memandangkan isu perubahan iklim dan kelestarian bandar semakin mendapat perhatian di peringkat global.
Kenapa Bidang Ini Semakin Penting Dan Kekal Relevan?
Secara realitinya, bandar di seluruh dunia sedang berkembang dengan pesat. Pada masa yang sama, masyarakat global turut berdepan pelbagai cabaran besar seperti perubahan iklim, peningkatan kadar urbanisasi, serta keperluan terhadap bangunan yang lebih responsif terhadap persekitaran.
Oleh itu, arkitek pada masa depan bukan sekadar individu yang mereka bentuk bangunan sahaja. Mereka juga memainkan peranan penting sebagai pembentuk masa depan melalui reka bentuk yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan.
Nak Terokai Dunia Seni Bina?
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program ini, anda boleh hadir ke Open Day Sunway University yang akan berlangsung pada 11 dan 12 April, dari jam 10 pagi hingga 4 petang. sunwayuniversity.edu.my/open-day
Di sini, anda berpeluang mengenali bidang seni bina dengan lebih dekat, melihat sendiri kemudahan pembelajaran yang disediakan, serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan.
Ketahui lebih lanjut mengenai Bachelor of Arts (Honours) in Architecture dengan klik di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


