Berjaya Bantu Tangkap Peragut, Enam ‘Rider’ Penghantar Makanan Terima Penghargaan PDRM

Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkhairi Mukhtar sendiri telah menyampaikan penghargaan kepada enam penghantar makanan berkenaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Enam rider penghantar makanan telah menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Melaka hari ini susulan berjaya membantu memberkas seorang peragut pada minggu lalu

Menerusi laporan Buletin TV3, Penerima, Muhammad Haikal Mohd Yassin, 22, berkata dia tetap berbangga menerima penghargaan tersebut dalam masa yang sama tidak berharap apa-apa balasan dan hanya berniat mahu membantu polis menahan penjenayah itu.

"Memang sukar dan saya terpaksa bergelut untuk menangkap penjenayah itu yang agresif dan meronta bagi melepaskan diri sebelum rakan lain dan anggota polis tiba. Niat saya hanya nak bantu polis kerana perbuatan lelaki itu menjejaskan imej pekerja seperti kami," katanya.

Menurut Haikal, sebaik sahaja diberitahu tentang kejadian ragut melibatkan suspek, dia bersama rakan terus bergegas ke sebuah pasar raya.

"Sebaik tiba, penjenayah sudah tiada sebelum kami bergegas ke Malim. Kami kemudiannya berselisih dengan peragut itu yang bertindak agresif dan menendang motosikal kami semasa dikejar.

"Saya ekori rapat motosikalnya sebelum dia terbabas. Peragut itu cuba lari namun saya dapat menangkapnya," katanya.

Image via FMT

Difahamkan, suspek sebelum ini dalam perhatian pihak polis

Menurut seorang lagi penghantar makanan yang menerima penghargaan itu, Abdul Aziz Ibrahim, 55, berkata sebelum ini polis sedang dalam usaha mengesan suspek apabila dia menerima penggilan dari mereka berkaitan dakwaan pembabitan seorang lelaki disyaki penunggang p-hailing dalam kegiatan jenayah samun dan ragut.

"Saya bersama rakan kemudiannya mewujudkan kumpulan aplikasi WhatsApp sebagai usaha mengesan penjenayah terbabit.

"Pada hari kejadian, saya bergegas ke lokasi dinyatakan sebaik dimaklumkan berkaitan kes ragut sebelum kami dapat menahan lelaki terbabit," katanya.

Terdahulu, pada Khamis lalu, tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan berjaya membantu polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun di sebuah pasaraya di Bachang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: