Berita Baik Untuk Ibu Bapa Ada Anak Kecil, Johor Bahru Kini Ada ‘Waterpark’ Terbaharu!

Best bawa anak-anak ni!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai di sekitar Johor Bahru kini boleh mengunjungi sebuah 'taman tema air' berlokasi di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Baru sahaja dibuka kepada umum semalam, 23 Mac, kemudahan yang dipanggil Laman Air itu telah merekod kira-kira sejumlah 1,200 kehadiran pengunjung.

Menerusi perkongsian Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor di Facebook, kehadiran memberangsangkan itu dapat dilihat sebaik kemudahan itu mula dibuka pagi semalam.

"Alhamdulillah, hari pertama pembukaan Laman Air di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat. Seawal jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

"Kehadiran yang memberangsangkan ini jelas menunjukkan bahawa kemudahan rekreasi awam yang menarik amat dihargai oleh rakyat, khususnya sebagai ruang untuk anak-anak bermain air, keluarga beriadah serta masyarakat menjalani gaya hidup sihat," katanya.

SAYS.com

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor (tengah).

Image via Mohd Jafni Md Shukor (Facebook)
SAYS.com
Image via Mohd Jafni Md Shukor (Facebook)

Sebanyak 36 kakitangan ditugaskan melibatkan pasukan penguatkuasaan, renjer taman, penyelamat, pengawal keselamatan serta pekerja pembersihan

Menurut Mohd Jafni, kehadiran pasukan ini amat penting untuk memastikan kawasan rekreasi sentiasa berada dalam keadaan selamat, teratur dan bersih untuk keselesaan semua.

"Bagi memastikan kelancaran operasi serta keselamatan pengunjung, seramai 36 petugas telah ditugaskan melibatkan pasukan penguatkuasaan, renjer taman, lifeguard, pengawal keselamatan serta pekerja pembersihan.

"Kehadiran pasukan ini amat penting bagi memastikan kawasan sentiasa berada dalam keadaan selamat, teratur dan bersih untuk keselesaan semua," katanya.

Tambahnya, kemudahan seperti ini akan terus diperkasakan selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Johor bagi memperbanyakkan ruang rekreasi mesra rakyat serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di bandar-bandar negeri Johor.

SAYS.com
Image via Mohd Jafni Md Shukor (Facebook)
SAYS.com
Image via Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik