Berhenti Sekolah Darjah 6, Gaji Pertama Beli Lembu, Kini Pendapatan RM1 Juta Setahun

Rezeki orang berlainan rupa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Tak dinafikan, bukan begitu mudah untuk memperoleh pekerjaan pada zaman sekarang. Tidak kiralah anda mempunyai kelulusan apa sekalipun, ia belum tentu menjamin peluang kerjaya kepada anda.

Kata orang rezeki setiap individu itu berbeza-beza. **Buat Saipol Azmir Zainuddin**, ternyata keputusan beliau berhenti sekolah setakat darjah 6 bukanlah keputusan yang salah. Berkat usahanya yang gigih, pengembala yang berusia 33 tahun ini memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu tahun lalu.

Menurut Saipol, berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dan keputusan yang diambilnya itu bukan saja-saja

Saipol memotong rumput napier dalam mesin.

Image via Harian Metro

Kisah kejayaannya ini bermula selepas beliau membeli seekor anak lembu berharga RM450 dengan gaji pertamanya RM750 untuk diternak dan dibiakkan

Beliau membeli seekor lembu pada setiap bulan sehinggalah beliau mencapai usia 18 tahun.

Pekerja Saipol sedang membersihkan seekor lembu.

Image via Harian Metro

Kejayaannya itu membolehkan beliau menerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015

Saipol kini sudah berumah tangga dan memiliki lima cahaya mata dan sehingga sekarang beliau mempunyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau.

Beliau dianggap sebagai **jutawan lembu** kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu terutama menjelang Aidiladha.

Beliau mula menjual lembu secara serius pada usia 19 tahun. Malah, Saipol juga sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri pada waktu itu sebelum mendirikan rumah tangga.

Tambahnya lagi, selepas beberapa tahun mengumpul wang hasil jualan lembu, beliau membeli tanah seluas lebih 0.8 hektar untuk menempatkan ternakannya.

Saipol memberi rumput kepada ternakannya.

Image via Harian Metro

Beliau akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi masalah dan dalam masa yang sama, beliau menawarkan kursus ternakan kepada golongan muda yang berminat

Sebahagian daripada lebih 700 ternakannya.

Image via Harian Metro

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta *follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak kisah INSPIRASI di SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: