Bergurau Konon Kawan Bawa Bom Di Lapangan Terbang Pulau Pinang, Warga Emas Didenda RM100
Gurau tak kena tempat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang warga emas mengaku bersalah melakukan gurauan berkaitan bom di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijatuhi hukuman denda RM100 oleh Mahkamah Majistret
Menurut laporan Buletin TV3, Ng Kok Yeow, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Chia Huey Ting.
Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga hari jika gagal membayar denda tersebut.
Menurut pertuduhan, warga emas itu didapati dengan sengaja memaklumkan kepada seorang petugas Malaysia Airlines bahawa terdapat bom di dalam beg rakannya.
Tertuduh turut didakwa mempunyai pengetahuan bahawa kata-kata tersebut mungkin boleh menggugat ketenteraman awam.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter daftar masuk nombor 44, LTAPP, jam 10.30 malam, 11 Mac lalu.
Image via Buletin TV3
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan
Difahamkan, kata-kata warga emas itu turut didengar oleh beberapa petugas lain dengan pemeriksaan lanjut kemudiannya tidak menemukan barang terlarang dalam beg tertuduh dan rakannya.
Pendakwaan terbabit dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R Lushani, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hazarul Iqram Rozahan.
Semasa prosiding, Lushani memohon denda maksimum dan berkata perkara sensitif tidak boleh dijadikan bahan gurauan terutama di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi seperti di lapangan terbang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 