*Datang pula, saya mengagak, si abangnya. Saya hulurkan satu sampul duit raya kepadanya. Dia mengangkat kening, dan berkata, "Berapa dalam ni? Kalau sikit seringgit dua ringgit, kita tak naklah!"
Saya terkedu.
Seriously, I was speechless.
"Ambillah," saya tetap hulurkan sampul duit raya kepadanya, tanpa memberi jawapan kepada soalannya. Wanita tadi, saya mengagak itu ibunya, diam seribu bahasa tetapi mukanya merah padam dan riak bahasa wajahnya, dia seakan malu dan kecewa dengan apa yang dituturkan oleh anaknya. Matanya semacam berair. Dia seakan nak berkata sesuatu, saya cepat-cepat angkat tangan ke dada, senyum, buat gaya "It is OK," supaya dia tak perlu minta maaf kalau si ibu mahu minta maaf.
Saya terus minta diri daripada tuan rumah, kami pun pulang.
Hari ini saya terbaca kisah viral teguran Chef Wan kepada anak-anak saudara maranya, buat saya terus teringat kisah ini semula.
Biasalah kalau kanak-kanak nakal yang datang ke rumah kita menyebabkan rumah kita kucar-kacir, sepahkan ruang tamu, pecahkan barang perhiasan. Ada pula kanak-kanak lain menumpahkan air, makanan, menangis menjerit tantrum, dan pelbagai lagi.
Pada hari raya pula, ada sesetengah kanak-kanak datang kepada kita meminta duit raya. Bak kata ramai orang, ibu bapa sepatutnya mendidik anak-anak supaya tidak meminta-minta duit raya. Tak elok.*