‘On The Way’ Dan 5 Lagi Benda Yang Paling Selalu Kita Kelentong Kawan-Kawan
Siapa tak buat dia pelik.
Cover image via Astro1. Pinjam duit dulu, nanti bayar balik
Okay yang ni bahaya. Tak kiralah korang ni 'bffaetj' (*best friends forever and ever till jannah*) ke, kawan sekelas ke, kawan sepejabat ke, tapi bila sampai bab duit, mesti kena *be extra careful*. Takut nanti sebab hutanglah korang bergaduh dan berpecah belah. Nak pinjam duit memang senang, tapi nak bayar balik mesti susah gila. Seperti contoh, PTPTN. Nasib baik PTPTN tu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Lol.
Image via Lawak Sentral/YouTube
2. Tiga perkataan: On. The. Way.
Rasa-rasanya, tiga perkataan ini adalah yang kedua paling popular di dunia selepas *'I Love You'*. Betul tak? Inilah antara kelentong paling besar dalam hidup sekalian umat manusia. Bila kawan tanya dah kat mana, mesti kita akan *reply* *'on the way'*. Ye lah tu. Entah-entah tengah bersiap nak pakai baju lagi dalam bilik. Kelentong je lebih!
Image via TheMingThing/YouTube
3. Tak boleh keluar dengan kawan sebab "ada hal"
*"Tak boleh lah bro. Aku ada hal. Sorry."*
Situasi ini juga agak *common*, terutamanya bila kawan-kawan nak ajak lepak. Sedang anda enak terlantar di atas katil empuk sambil memeluk bantal busuk, masa tu jugaklah orang nak ajak keluar. Nak kata tak *free*, boleh je kalau nak *follow* sebenarnya. Tapi memikirkan kesedihan yang si katil bakal tanggung apabila ditinggalkan oleh tuan empunya badan, terus rasa malas. Katil 1, Kawan 0.
Ehem! Kalau kawan nak belanja tu lain cerita. 😛
Image via ABC News
4. "Nanti aku confirm kan."
Ini lagi satu. Yang *member* lagi sorang punyalah tunggu *final confirmation*, tapi yang sipolan sorang ni lambat betul nak bagi jawapan. Kadang-kadang siap kena tanya sampai 3-4 kali. Kalau tanya sekali, mesti dia akan jawab, *"Nanti aku confirm kan. Kalau tak malam ni, esok."* Lepastu terus senyap dan hilang dari radar. Tett!
5. Ajak travel pergi sana sini
Nampak je apa-apa *post* kat FB atau Insta pasal tempat-tempat yang cantik, dialah yang paling semangat sekali *tag* semua kawan-kawan beserta *caption* *"Jom pergi sini guys!"* Maka dengan itu, ruangan komen mula dibanjiri dengan perbualan demi perbualan, pelan demi pelan, dan cuti demi cuti. Namun, angan-angan nak *travel* sama-sama itu hanya sekadar di ruangan komen.
6. "Nak habis dah. Sikit je lagi."
Cehh! Macam lah kita tak tahu yang sebenarnya ada banyak lagi tak habis. Paling selalu terjadi bila kita tanya pasal *assignments*, pasal kerja, atau pasal apa-apa urusan sekali pun. Cakap je sikit lagi, tapi dah berjanggut pun tak siap-siap. Nampak sangat kelentong.
Ish ish ish, tak baik kelentong orang. Apa kata kita jadi macam Xpax sebab Xpax sekarang hadir dengan pelan internet terbaru yang #nokelentong!
No Kelentong bermaksud *"what you see is what you get!"*
Xpax kali ini menawarkan para penggunanya 10GB Facebook & 10GB Internet asas sebulan secara PERCUMA tanpa *data capping*. Maknanya ia boleh digunakan pada bila-bila masa tidak kira sama ada sambungan 3G mahupun 4G, dan tak perlu lagi tunggu sehingga *weekends* baru boleh dapat ekstra Internet.
Yang penting tiada caj tersembunyi!
Maklumat lanjut sila layari **[www.xpax.com.my](https://www.xpax.com.my/xpax)** atau klik **[sini](http://says.com/my/seismik/xpax-ada-plan-baru-ini-anda-perlu-tahu-mengenainya)**.
Image via Xpax
Image via giphy.com
