Cerita Penuh Seorang ‘Auntie’ Dilayan Macam Sampah Oleh Pihak Berkuasa. Siapa Yang Salah?
Seorang peniaga dikatakan mendapat layanan buruk penguatkuasa tempatan. Betul atau salah?
Cover image via Facebook Malaysia Velai Seivor Sangam - malaysiatamilan[TERKINI] 'Auntie' dapat semula motosikal roda tiganya dan juga lesen perniagaan
Sementara itu, Selvajanaki memaklumkan bahawa beliau sebenarnya telah banyak kali memohon lesen untuk menjalankan perniagaan namun permohonannya gagal kerana tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk berniaga
S. Selvajanaki didakwa telah dilayan macam sampah oleh pihak berkuasa.
Image via www.malaysiandigest.com
9 Ogos: Tersebar gambar seorang auntie berbangsa India yang sedang berniaga di depan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh yang dikatakan dilayan seperti sampah oleh penguatkuasa tempatan
Kecoh di laman sosial apabila gambar seorang *auntie* berbangsa India dikatakan telah dilayan dengan kejam oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Gambar-gambar ini dimuat naik oleh [Malaysia Velai Seivor Sangam – malaysiatamilan](https://www.facebook.com/velaiSeyumpattathari/posts/523151254500802) dan kini telah mendapat ribuan *shares* dalam masa dua hari.
Selepas menjadi viral, netizen bertindak untuk melemparkan pelbagai cemuhan terhadap MBI serta menganggap kelakuan mereka itu adalah sama seperti "binatang"
Namun begitu, adakah benar penguatkuasa yang bersalah? Beberapa individu tampil memberikan keterangan tentang apa sebenarnya yang telah berlaku disebalik gambar viral tersebut.
Kejadian dikatakan bermula apabila *auntie* tersebut berang dan tidak senang atas kehadiran penguatkuasa tempatan yang menghalangnya menjalankan perniagaan.
Beliau dikatakan berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan dan menghalang laluan keluar masuk hospital berkenaan.
Makanan yang bertaburan di atas jalan raya itu juga didakwa dilemparkan sendiri oleh auntie tersebut. Beliau menangis lalu menyelerakkan barang-barang jajaan kerana tidak puas hati terhadap tindakan ke atasnya.
Lihat saja pada gambar di bawah ini. Tidakkah jelas menunjukkan bahawa auntie ini sendiri yang menyelerakkan barang jualannya?
Akibat berang, auntie ini bertindak menyelerakkan barang niaganya ke atas jalan raya.
Dalam perkembangan terbaru, individu yang bertanggungjawab memuat naik gambar-gambar tersebut telah tampil memohon maaf. Menurutnya, tindakan itu adalah sesuatu yang bodoh dan tidak matang.
Nuruddin Abdul Mujid (tengah) memohon maaf kerana menyebarkan berita yang tidak tepat.
Image via www.astroawani.com
Jadi dalam kes ini, memang benarlah MBI telah difitnah. Apa-apa pun, kita harus lebih berhati-hati dalam membuat sebarang spekulasi. Selagi kita tidak tahu perkara yang sebenar, lebih elok jika kita mendiamkan diri sahaja daripada menabur fitnah.
Image via Oh! Media

