Beli Rumah Dapat Duit Raya RM50 Juta & Pakej Perabot? Ini Tawaran Gila-Gila Dari Tropicana

Tropicana hadir dengan kempen Art of Tradition: Ceria Raya untuk bawa kemeriahan raya tahun ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tropicana

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Tropicana.

Bila sebut pasal beli rumah, mesti ramai fikir pasal kos tambahan dan komitmen jangka panjang. Tapi, anda pernah bayangkan tak betapa indahnya menyambut Raya di rumah sendiri?

Pintu terbuka luas, bau rendang semerbak, dan gelak tawa keluarga serta sahabat memenuhi ruang, mencipta kenangan yang akan dikenang selamanya.

Tapi kalau ada peluang untuk miliki hartanah dengan tawaran eksklusif yang menarik macam Sampul Raya Hijau bernilai jutaan ringgit, mesti lagi berbaloi! Haa, ini bukan mimpi!

Tropicana bawa kemeriahan Raya tahun ini dengan kempen "Art of Tradition: Ceria Raya", penuh dengan promosi yang memang rugi kalau terlepas.

Dari 1 Mac hingga 30 April 2025, siapa yang buat tempahan dan tandatangan SPA dalam tempoh 45 hari bukan je dapat hartanah idaman, tapi juga pelbagai ganjaran menarik!

Apa yang best dengan 'Ceria Raya' Tropicana ini?

Beli rumah adalah satu keputusan besar, tapi dengan tawaran menarik daripada Tropicana, anda boleh dapat lebih banyak keistimewaan yang berbaloi. Antaranya adalah:

  • Sampul Raya Hijau Bernilai RM50 Juta – Siapa sangka beli hartanah pun boleh dapat 'duit raya'? Tempah unit pilihan dan dapatkan Green Raya Packets eksklusif untuk tambah seri raya anda!
  • Yuran Guaman & Duti Setem Ditanggung – Tak perlu pening kepala dengan kos guaman dan duti setem. Semua dah covered oleh developer!
  • Pakej Perabot Raya – Nak rumah baru terus nampak wow? Ada Raya Furnishing Package untuk unit terpilih.
  • Pelbagai Pilihan Pembiayaan – Ada Maybank MyDeco, Maybank HouzKEY & EPS (Easy Payment Scheme) untuk mudahkan anda memiliki hartanah impian tanpa beban kewangan yang berat.
  • Ganjaran Rujukan – Ajak kawan atau keluarga beli rumah dengan Tropicana? Ada ganjaran referral menarik menanti!

Bayangkan nanti anda sambut raya dengan rumah baru yang serba lengkap, mesti seronok kan!

*Projek terpilih sahaja

Semua projek yang terlibat berada di lokasi yang strategik!

Tropicana menawarkan pelbagai hartanah strategik yang bukan sahaja cantik, tapi juga lokasi premium dengan fasiliti moden. Anda boleh pilih antara kediaman moden, apartmen servis, atau unit komersial untuk pelaburan jangka panjang.

Jom tengok antara projek yang terlibat di bawah:

1. Tropicana Alam – Avisa Residences

Image via Tropicana

  • Lokasi: Puncak Alam
  • Keluasan Unit: Dari 20′ x 70′

Kediaman moden dengan keindahan alam semula jadi:

  • Avisa Residences di Tropicana Alam menawarkan rumah teres moden dengan reka bentuk yang luas dan praktikal. Terletak di kawasan yang pesat membangun di Puncak Alam, ia memberikan keseimbangan antara keselesaan bandar dan ketenangan alam semula jadi, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga.

Keistimewaan Projek:

  • Reka bentuk praktikal – Rumah teres moden dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, sesuai untuk keluarga yang mengutamakan ruang selesa
  • Pemandangan indah – Menghadap tasik seluas 5 ekar, memberikan suasana damai dan udara segar setiap hari
  • Akses mudah ke lebuh raya utama – Sambungan terus ke DASH dan lebuh raya lain untuk perjalanan yang lebih lancar 

2. Tropicana Metropark – SouthPlace 2

Image via Tropicana

  • Lokasi: Subang Jaya
  • Keluasan Unit: Kediaman: Bermula dari 583 kaki persegi | Komersial: Bermula dari 562 kaki persegi

Kehidupan bandar yang seimbang dengan alam semula jadi

  • Tropicana Metropark – SouthPlace 2 menawarkan gaya hidup moden di lokasi strategik Subang Jaya. Dikelilingi kehijauan dan kemudahan bandar, ia direka untuk mereka yang menginginkan keseimbangan antara ketenangan dan keselesaan urban.

Keistimewaan Projek:

  • Pegangan bebas (Freehold) – Pemilikan jangka panjang yang lebih bernilai
  • Bersebelahan taman seluas 9.2 ekar – Persekitaran hijau untuk gaya hidup lebih sihat
  • Akses mudah ke Lebuhraya Persekutuan – Sambungan pantas ke pusat bandar dan kawasan sekitar
  • Gabungan sempurna antara alam & bandar – Reka bentuk moden dengan kehijauan semula jadi

3. Tropicana Grandhill – TwinPines Serviced Suites

Image via Tropicana

  • Lokasi: Genting Highlands
  • Keluasan Unit: 379 – 1,330 kaki persegi

Kediaman mewah di puncak bukit dengan udara sejuk & pemandangan memukau

  • TwinPines Serviced Suites di Tropicana Grandhill menawarkan gaya hidup mewah dengan suasana nyaman di puncak Genting Highlands. Terletak berhampiran Resorts World Genting dan kereta kabel Awana, ia adalah pilihan ideal untuk pelaburan atau sebagai kediaman percutian yang eksklusif.

Keistimewaan projek:

  • Pegangan bebas – Pemilikan tanpa had untuk nilai pelaburan jangka panjang
  • Kemasan penuh – Dilengkapi dengan perabot berkualiti tinggi dan sedia untuk didiami
  • Lokasi strategik – Berhampiran dengan tarikan utama seperti Taman Tema Resorts World Genting & stesen kereta kabel Awana

4. Tropicana Paradise – Villa Lots

Image via Tropicana

  • Lokasi: Genting Highlands
  • Keluasan Unit: Bermula dari 4,252 kaki persegi

Kediaman eksklusif di puncak genting dengan suasana alam semula jadi:

  • Tropicana Paradise – Villa Lots menawarkan pengalaman hidup mewah di persekitaran yang tenang dan dikelilingi alam semula jadi. Terletak di lokasi premium di puncak Genting Highlands, projek ini memberikan suasana nyaman dengan udara segar serta pemandangan pergunungan yang menakjubkan.

Keistimewaan Projek:

  • Pegangan bebas di puncak bukit – Memberi nilai pelaburan jangka panjang dengan lokasi eksklusif
  • Kemudahan mewah – Akses ke kelab rekreasi bertemakan alam semula jadi untuk gaya hidup premium
  • Jaminan keselamatan 24 jam – Dijaga oleh pasukan keselamatan terlatih untuk ketenangan fikiran

5. Tropicana Uplands – Fraser Heights

Image via Tropicana

  • Lokasi: Gelang Patah
  • Keluasan Unit: Bermula dari 18′ x 65′

Kediaman eksklusif dengan persekitaran hijau & akses mudah

  • Terletak di kawasan yang pesat membangun di Gelang Patah, Tropicana Uplands – Fraser Heights menawarkan kediaman pegangan bebas dengan suasana tenang dan kehijauan yang menyegarkan. Dengan komuniti berkepekatan rendah, projek ini sesuai untuk mereka yang mengutamakan ruang, ketenangan, dan akses mudah ke kemudahan moden.

Keistimewaan Projek:

  • Pegangan bebas & berkepekatan rendah – Menjamin privasi dan nilai pelaburan yang lebih tinggi
  • Persekitaran hijau – Dikelilingi taman seluas 19 ekar untuk gaya hidup lebih sihat dan nyaman
  • Akses mudah ke lebuh raya utama – Memudahkan perjalanan ke pusat bandar, kawasan sekitar, dan berdekatan juga dengan Tuas Checkpoint. Ia menjadikannya lokasi strategik untuk mereka yang berulang-alik ke Singapura.

Dengan gabungan keindahan semula jadi dan kemudahan moden, Fraser Heights di Tropicana Uplands adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mencari keseimbangan antara kehidupan bandar dan kedamaian persekitaran hijau.

6. Lido Waterfront Boulevard – Skypark Kepler

Image via Tropicana

  • Lokasi: Johor Bahru
  • Keluasan Unit: 463 – 807 kaki persegi

Keistimewaan projek:

  • Kediaman berjenama & pegangan bebas – Miliki kediaman eksklusif dengan nilai jangka panjang.
  • Kemasan berkualiti tinggi – Lengkap dengan perabot dan peralatan jenama mewah untuk keselesaan maksimum.
  • Lokasi strategik – Kurang 5 km dari RTS Link, memudahkan akses antara Bukit Chagar (Malaysia) & Woodlands (Singapore), sesuai untuk gaya hidup urban moden!

Dengan pelbagai pilihan hartanah dari Tropicana, anda boleh pilih unit yang paling sesuai dengan gaya hidup dan keperluan masing-masing. Tambah lagi, kempen "Art of Tradition" menawarkan ganjaran hebat, jadi inilah masa terbaik untuk beli rumah baru dan nikmati pulangan luar biasa!

7. Tropicana Aman – Varia Shop Offices

Image via Tropicana

  • Lokasi: Bersebelahan Kota Kemuning
  • Keluasan Unit: Dari 22′ x 70′

Pusat komersial strategik dengan komuniti sedia ada

  • Varia Shop Offices di Tropicana Aman menawarkan peluang perniagaan yang luar biasa dengan lebih 600,000 pelanggan sedia ada di kawasan sekitarnya. Terletak di lokasi strategik berhampiran Kota Kemuning, ia direka untuk memenuhi keperluan peniaga moden dengan ruang kedai yang luas dan fleksibel.

Keistimewaan projek:

  • Akses kepada >600,000 pelanggan sedia ada
  • Lif servis: Semua unit penjuru & unit empat tingkat di bahagian hujung dilengkapi lif servis
  • Sambungan mudah ke lebuh raya: KESAS, LKSA, Lebuhraya Persekutuan, NKVE, NPE

8. Tropicana Gardens – Edelweiss Shoppes

Image via Tropicana

  • Lokasi: Kota Damansara
  • Keluasan Unit: Tingkat bawah: 250 – 2,226 kaki persegi | Tingkat atas: 467 – 2,433 kaki persegi

Destinasi Perniagaan Berprestij di Lokasi Strategik

  • Edelweiss Shoppes di Tropicana Gardens adalah destinasi komersial premium di tengah-tengah Kota Damansara. Dengan sambungan terus ke MRT Surian dan akses kepada lebih 500,000 pelanggan sedia ada, ia menjadi lokasi terbaik untuk perniagaan berkembang maju.

Keistimewaan Projek:

  • Unit pelbagai fungsi – Fleksibel untuk pelbagai jenis perniagaan, dari butik eksklusif hingga kafe moden
  • Lokasi strategik – Sambungan terus ke Stesen MRT Surian, memudahkan akses pelanggan dan pekerja
  • Akses kepada >500,000 pelanggan – Terletak dalam kawasan yang sudah berkembang, memberikan potensi pasaran yang besar.

9. Tropicana Avalon – Breeze Hill Shoppes

Image via Tropicana

Lokasi: Genting Highlands
Keluasan Unit: 959 – 3,470 kaki persegi

Keistimewaan projek:

  • Pegangan bebas dengan ruang komersial eksklusif – Peluang terbaik untuk pemilik perniagaan atau pelabur yang mencari lokasi premium.
  • Siling tinggi – Memberikan fleksibiliti untuk susun atur dua tingkat, sesuai untuk pelbagai konsep perniagaan.
  • Jumlah unit terhad  – Menawarkan peluang pelaburan eksklusif di destinasi pelancongan popular.
  • Jarak jalan kaki ke Gotong Jaya Shoppes – Lokasi strategik dengan akses mudah ke pusat tumpuan pelancong dan kemudahan komersial.

Dengan kedudukan strategik di Genting Highlands, Breeze Hill Shoppes menjanjikan potensi pulangan yang tinggi, terutama bagi perniagaan yang ingin menarik pelancong dan penduduk sekitar.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini!

Kepada sesiapa yang tengah mencari rumah impian dengan tawaran terbaik tu, Kempen "Art of Tradition" berakhir pada 30 April 2025 tau! Jadi, cepat-cepat tempah unit pilihan dan tandatangan SPA dalam tempoh kempen untuk nikmati Sampul Raya Hijau serta tawaran eksklusif yang menarik!

Nak tahu lebih lanjut? Boleh klik SINI sekarang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS