#Belanjawan2021: Diluluskan & Dapat Sokongan Majoriti Ahli Parlimen Kerajaan, Pembangkang

Tanpa melalui undian belah bahagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Akhirnya Dewan Rakyat hari ini bersetuju untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021

Menurut laporan, RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, pada jam 3.28 petang.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menggulung perbahasan selama kira-kira sejam.

Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: