Bekas Pelajar Kumpul Duit, Hadiahkan Bas & Surau Baharu Untuk Sekolah Bernilai RM2 Juta
Difahamkan, hadiah itu diberikan sempena sambutan hari guru baru-baru ini.
Cover image via NSTP/BAHAROM BAKARFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud (SESMA), melakar sejarah tersendiri apabila bekas pelajarnya menyumbang sebuah bas bernilai RM670,000
Menerusi laporan Berita Harian, bas baharu dihadiahkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah SESMA (My SESMA) itu diserahkan Presidennya, Datuk Mohd Zuber Embong kepada Pengetua SESMA, Hayati A Rahman.
Mohd Zuber yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, memberitahu dana untuk pembelian bas baharu hasil kutipan derma dilancarkan pada Februari 2023.
Mohd Zuber (kanan) menyerahkan bas baharu kepada Hayati sempena sambutan Hari Guru 2025 di Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud (SESMA).
Image via NSTP/BAHAROM BAKAR
Berjaya kumpul RM2 juta dalam tempoh 22 bulan
Difahamkan, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan RM2 juta daripada orang ramai dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam tempoh 22 bulan.
"Cadangan awal jawatankuasa My SESMA melancarkan kutipan derma termasuk menganjurkan malam gala adalah untuk pembinaan surau baharu yang boleh menampung kira-kira 250 jemaah," katanya.
Beliau menambah pihaknya menerima permohonan daripada pengurusan sekolah untuk pembelian sebuah bas baharu yang kemudian diluluskan My SESMA sebelum tempahan dibuat Februari lalu.
"Walaupun sebahagian daripada dana digunakan untuk membeli bas, projek pembinaan surau baharu tidak terjejas. Surau baharu sekolah dijangka dapat digunakan sepenuhnya Ogos depan.
"Bas baharu dan surau adalah hadiah istimewa daripada My SESMA kepada pihak sekolah sempena sambutan Hari Guru 2025," katanya.
Image via NSTP/BAHAROM BAKAR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


