Bekas CEO MAS Christoph Mueller Sah Sertai Emirates. Siap Ada Jawatan Khas!
Bye MAS. Hello Emirates.
Cover image via SAYSPada April 2016, Christoph Mueller mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) pada September selepas hanya setahun berkhidmat
[Perletakan jawatan](http://says.com/my/news/mas-ceo-to-quit-in-september) Christoph Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sememangnya tidak dijangka kerana kontrak beliau masih lagi berbaki 2 tahun.
Walaubagaimanapun, beliau memberitahu untuk berhenti atas faktor peribadi.
"Saya bangga dengan apa yang telah dicapai sebagai satu pasukan dalam masa yang singkat. Malangnya, keadaan peribadi menyukarkan saya untuk berkhidmat sepanjang tempoh sepenuhnya," kata Mueller.
Image via vulcanpost.com
Dan kini, Christoph Mueller telah sah menyertai Emirates Airline, syarikat penerbangan terbesar dunia yang berpangkalan di Dubai, UAE
Lebih menarik, Emirates menubuhkan satu jawatan khas buat Mueller yang dikenali sebagai Ketua Pegawai Digital dan Inovasi.
Beliau yang meninggalkan MAS bulan ini tidak berehat dengan terus menyambung tugasnya bersama Emirates, berkuatkuasa pada 20 September 2016.
"Mueller diberi jawatan yang baru dicipta bagi memainkan peranan yang beerti dalam pengurusan syarikat yang menjana trafik antarabangsa terbesar dunia itu," memetik laporan [Bloomberg](http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-09-07/emirates-says-ex-malaysia-air-chief-mueller-to-join-this-month).
Mueller sebelum ini pernah mencetus kontroversi apabila membuat keputusan untuk membuang 6,000 pekerja sekali gus. Alasannya?
"Ketika saya berjalan di hangar, ada pekerja yang tidur."
Image via thecoverage.my

