Bekas Atlet Badminton Wanita Negara, Wong Mew Choo Kini Dilantik Sebagai Duta Baharu I MISHANG
Beliau menerima tawaran sebagai duta itu atas dasar nilai CSR yang dibawa oleh pihak I MISHANG.
Cover image via I Mishang Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas 12 tahun menempa nama di China, jenama penjagaan kulit profesional di bawah naungan AI SEE LIFE, iaitu I MISHANG, kini secara rasminya melebarkan sayap ke pasaran Malaysia
Majlis pelancaran yang gilang-gemilang itu turut menyaksikan bekas pemain badminton wanita negara, Datin Seri Wong Mew Choo, diperkenalkan sebagai duta jenama tersebut.
Majlis bertambah seri dengan kehadiran suami tercinta, Datuk Seri Lee Chong Wei, bersama anak-anak yang turut membuat kejutan ulang tahun buat Mew Choo sebagai tanda sokongan penuh terhadap penglibatan sulungnya dalam dunia komersial.

Menjelaskan faktor utama beliau menerima tawaran tersebut, Datin Seri Wong Mew Choo menegaskan bahawa keputusan itu dibuat atas dasar nilai tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dibawa oleh syarikat.
"Selama ini saya hanya fokus kepada keluarga dan tidak terlibat dalam tawaran komersial. Namun kali ini berbeza; bukan kerana nilai wang, tetapi kerana misi mereka membantu ibu tunggal dan golongan OKU melalui latihan percuma dan peluang pekerjaan. Saya ingin penglibatan saya memberi makna kepada orang lain," ujar beliau.
Penjagaan kulit sebagai gaya hidup 'healing'
Berteraskan falsafah "Lead with Love, Illuminate Life", I MISHANG hadir dengan piawaian yang sangat ketat—bebas hormon, logam berat, dan bahan terlarang. Menariknya, jenama ini tidak mengamalkan sistem "tambah nilai" atau pakej pembelian wajib, memastikan setiap sen pengguna benar-benar dibelanjakan untuk penjagaan diri yang efektif.
Ketua Pegawai Ecsekutif I MISHANG, Sheri Yap, menyatakan bahawa Malaysia adalah pintu masuk strategik ke Asia Tenggara.
- Sasaran: Pengguna bandar berumur 20–45 tahun yang mementingkan keberkesanan produk.
- Keunikan Produk: Fokus kepada hidrasi ringan (tidak melekit), perlindungan kulit di persekitaran berhawa dingin, serta kesesuaian untuk kulit sensitif dan berminyak.
- Pemerkasaan Ekonomi: Membuka peluang pendapatan bagi golongan OKU dan ibu tunggal untuk dilatih menjadi pakar kecantikan profesional.

(Dari kiri) Nancy, Datin Seri Wong Mew Choo Sheri Yap, Emma Maembong, YM Sharifah, Wani Jamalullail dan YM Tunku Dayang Adelene Bahjah.
Image via I Mishang MalaysiaI MISHANG diposisikan sebagai jenama gaya hidup estetik yang menawarkan sistem peningkatan menyeluruh daripada luaran kulit sehingga ke kualiti hidup yang lebih baik. Kini, produk I MISHANG boleh didapati di 20 cawangan fizikal serta melalui platform e-dagang rasmi AI SEE LIFE.
Majlis tersebut turut dihadiri tetamu kehormat termasuk YM Sharifah Wani Jamalullail, YM Tunku Dayang Adelene Bahjah, aktres Emma Maembong, serta tokoh-tokoh perniagaan seperti Nancy, Cisee Tan, Standi Yap, Dato' Joe Lee dan Datin Win Lock.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



