“Skirt Pendek Je, Semua Orang Pakai” – Bekas Ahli Dolla, Syasya Rizal Kongsi Ujian Dunia Sebelum Berhijrah
Untuk rekod, Syasya Rizal telah keluar daripada kumpulan Dolla pada April 2024.
Cover image via @syasya.rzl (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sudah lebih setahun meninggalkan kumpulan Dolla, kisah penghijrahan Syasya Rizal kembali mendapat perhatian ramai
Bekas ahli kumpulan nyanyian itu mendapat perhatian ramai menerusi sebuah nukilannya di Threads yang dilihat seperti berkongsi kisah penghijrahannya.
Syasya menerusi hantarannya itu tidak menggunakan nama dirinya tetapi menggunakan kata ganti nama 'dia' bagi menggambarkan perjalanan hijrah itu.
"Dulu bila orang pandang, dia rasa disayangi. Tapi lepas dia tutup aurat, pandangan sama berubah macam dia buat salah.
"Yang dulu panggil dia queen, sekarang sindir dia ustazah TikTok. Yang dulu sokong? Sekarang senyap. Macam hijrah dia hanya layak diraikan kalau dia masih cantik ikut standard orang.
"Sampai satu hari, Allah buat dia rasa hilang dan dalam kehilangan tu, dia jumpa diri dia semula. Satu-satu video dan gambar lama di padam. Bukan sebab malu orang tengok, tapi sebab malu Allah tengok.
"Dan sejak hari tu, doa dia cuma satu, 'Ya Allah, jangan kembalikan aku kepada versi yang manusia sayang, tapi Kau tak redha," tulisnya.

Jadi contoh orang ramai untuk kekal istiqamah
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya memberi reaksi positif akan hantarannya itu.
Salah satunya berkongsi telah terinspirasi daripada penyanyi itu untuk terus istiqamah selepas melihat penghijrahannya.
"Syasya, tak tahu awak ingat akak tak, dulu kita selalu mengaji kat rumah ustazah Rahila, minat dengan Syasya lepas berhijrah, actually its help my istiqamah sebenarnya, cuma belum perfect macam adik pakai, doakan akak tau," tulis komen itu.
"May Allah guide us to straight path. It's not easy being a muslimah in this modern day. Hugs to all my girls," tulis sebuah lagi komen meraikan usaha ramai untuk kekal istiqamah.
Lihat antara komen lain di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



