Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Termasuk Petaling Jaya & Kuala Lumpur Dilaporkan ‘Blackout’
Tempat korang kena tak?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum kekecohan yang berlaku apabila berlaku 'blackout' di sekitar Kepong, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
Orang ramai menerusi laman sosial turut memberitahu kejadian gangguan bekalan elektrik juga terjadi di Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kuantan dan Sendayan.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook, TNB memaklumkan pihaknya sedang melakukan kerja membaik pulih.
"Pelanggan yang dihargai, gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kepong, Kuala Lumpur.
"Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik," kata TNB.
TNB turut menyarankan agar orang ramai di kawasan berkenaan untuk berhati-hati menggunakan perkakas elektrik.
"Berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutamanya ketika berlakunya gangguan bekalan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa," menurut kenyataan itu.
Gangguan bekalan elektrik berpunca daripada isu di pusat janakuasa di Melaka
Menurut laporan Free Malaysia Today, TNB memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Johor Bahru petang ini berpunca daripada sebuah isu yang menjejaskan sebuah pusat janakuasa di Melaka.
TNB berkata gangguan bekalan elektrik di kawasan terjejas berpunca daripada isu di pusat janakuasa Edra di Melaka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 