Bayi Dikerat 8 Dan Dibuang Dalam Lubang Tandas Oleh Ibu Di Kedah
Tak pasti apa sebab si ibu sanggup melakukan perkara kejam terhadap anak sendiri. Ke mana hilangnya peri kemanusiaan?
Cover image via hourdose.comSelepas satu kes bayi kerat 15 tanpa kepala dilapor pada Mei lalu di Johor, kini berlaku lagi satu kes kerat bayi, dan kali ini di Kedah. Ironinya, situasi untuk kedua-dua kes adalah hampir serupa.
Polis menemui mayat bayi kerat 15 di dalam loji kumbahan di Johor pada 17 Mei 2015.
Image via www.apeciter.com
Pada petang Selasa, 7 Julai 2015, polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra
Susulan penemuan itu, ibu bayi terbabit berusia 31 tahun ditahan. Difahamkan, wanita tersebut mengerat bayi itu sebaik melahirkannya di dalam tandas tanpa diketahui ahli keluarga yang lain.
Pada mulanya, wanita terbabit berkata dia hanya membuang bayi itu ke dalam tong sampah. Selepas siasatan dijalankan, akhirnya dia mengaku mengerat bayi berkenaan dengan senjata tajam kemudian membuangnya ke dalam lubang tandas.
Pada petang Rabu, dua lagi bahagian tangan dan kaki kanan bayi ditemui pada jam 3.30 menjadikan jumlah keseluruhan sebenar lapan bahagian
Wanita itu ditahan dan kini menerima rawatan juga di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Image via www.drafiqrahim.com
MOST READ

