Bayi 10 Bulan Ditemui Maut, Dipercayai ‘Terlucut’ Ketika Dimandikan Oleh Pengasuh

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita RTM
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan ditemui maut selepas dipercayai terjatuh ketika dimandikan pengasuh di Puncak Alam, Selangor baru-baru ini

Menurut laporan Berita Harian, pihak polis menerima laporan pada pukul 10.42 malam oleh pegawai perubatan di Hospital UiTM Puncak Alam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan menyatakan pengadu menerima seorang pesakit bayi perempuan berusia 10 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 7.23 malam semasa sedang bertugas di zon merah kecemasan hospital.

"Bayi perempuan itu dibawa dari sebuah klinik di Puncak Alam dengan menggunakan ambulans hospital.

"Pengadu dan doktor pakar kecemasan memberikan rawatan pernafasan dan ubatan terhadap bayi itu yang mengambil masa selama lebih kurang 22 minit, namun mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda bernafas," katanya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor

Image via Berita Harian

Difahamkan, ibu kepada bayi terbabit menerima panggilan daripada pengasuh pada jam 5.40 petang dan dimaklumkan bayinya terjatuh lalu tidak sedarkan diri

"Menurut pengasuh itu, kejadian berlaku semasa dia mahu memandikan bayi terbabit terjatuh mengiring sebelah kanan dan dalam keadaan sesak nafas. Pengasuh membawa bayi ke sebuah klinik di Puncak Alam.

"Pengasuh terbabit juga sudah dirakam percakapan dan polis juga meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya lagi.

Mayat mayi itu dibedah siasat di Hospital UiTM Puncak Alam dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sehingga keputusan laporan bedah siasat diperoleh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: