Bayaran ‘Palm Pay’ Menggunakan Tapak Tangan Sudah Semakin Banyak & Lama Diamalkan Di China

Ini betul-betul wave to pay ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via CNN & CNA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kaedah pembayaran palm pay yang menggunakan tapak tangan dalam usaha untuk diperluaskan lagi setelah ia lama diperkenalkan di China

Menerusi laporan Harian Metro, EEksekutif Kanan Tencent, Guo Rizen berkata syarikat mereka yakin penggunaan teknologi ini akan lebih memudahkan penggunanya.

"Pengguna hanya perlu melayangkan tangan mereka pada penderia yang dipasang dengan kamera infra merah yang boleh menganalisis cetakan tapak tangan individu dan corak unik urat di bawah kulit.

"Walaupun ia berfungsi dengan cara sama seperti perisian pengecaman muka, namun sistem itu lebih tepat.

"Dengan teknologi pengimbasan wajah, orang ramai boleh kelihatan sangat mirip antara satu sama lain seperti kembar," katanya.

Menurutnya, kaedah itu turut membolehkan pengguna membuka kunci pintu rumah atau tempat kerja dan digunakan untuk pengangkutan awam.

Image via CNN

Tetap mempunyai risiko privasi kepada pengguna

Tambah Rizen, kaedah pembayaran palm pay diharap dapat membantu menyelesaikan isu pengguna yang perlu membawa pelbagai barang fizikal ketika hendak membeli barang.

Walau bagaimanapun, bagi Pengarah Eksekutif Surveillance Technology Oversight Project (STOP), Albert Fox Cahn, walaupun dengan kecanggihannya, teknologi berkenaan tetap boleh memberi risiko terhadap privasi pengguna.

"Peruncit digodam sepanjang masa. Apabila kebanyakan peruncit digodam, paling teruk anda perlu menukar nombor kad kredit anda.

"Tetapi anda tidak boleh menukar cetakan tapak tangan anda jika ia terjejas," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: