Bayar Saman JPJ & Polis Awal Kini Dapat Diskaun 50% Bermula Januari Tahun 2026

Kadar dan kaedah kompaun saman trafik dikeluarkan JPJ dan PDRM akan diselaras mulai Januari 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & Motorist
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bayaran saman awal akan diberi diskaun susulan struktur baharu yang akan diguna pakai bermula 2026

Menerusi laporan Berita Harian, Saifuddin berkata berdasarkan struktur baharu itu, bayaran yang dibuat dalam tempoh 1 hingga 15 hari selepas tarikh notis akan menikmati pengurangan 50 peratus, manakala 16 hingga 30 hari mendapat pengurangan 33 peratus.

"Bayaran dijelaskan dalam tempoh antara 31 hingga 60 hari dikenakan kadar kompaun maksimum, manakala selepas 61 hari, tindakan mahkamah dan senarai hitam akan dikenakan," katanya.

Bagaimanapun, insentif baharu itu tidak terpakai bagi kesalahan serius yang tidak boleh dikompaun seperti tiada insurans, tiada lesen memandu atau mempamerkan lesen kenderaan motor (LKM) palsu.

"Kesalahan seperti memandu tanpa insurans adalah serius dan mesti dibawa ke mahkamah. Tiada kompromi untuk kesalahan seperti itu," katanya.

SAYS.com

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Image via Saifuddin Nasution Ismail (Facebook)

Struktur baharu selaraskan kadar dan kaedah kompaun saman trafik dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Keputusan penyelarasan struktur yang bermula 1 Januari 2026 itu diputuskan Jemaah Menteri pada 17 Oktober lalu selepas didapati terdapat perbezaan ketara dalam kaedah kompaun serta pelaksanaan tindakan antara kedua-dua agensi terbabit.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata prinsip baharu pembayaran saman yang diperkenalkan dipanggil The Less You Delay, The Less You Pay.

"Kita mahu pastikan pendekatan penguatkuasaan lebih adil dan konsisten kerana selama ini, ada kekeliruan dalam kadar dan cara pelaksanaan JPJ dan PDRM. Dengan pelarasan ini, kadar kompaun akan diseragamkan.

"Ia supaya tidak timbul lagi persepsi bahawa penguatkuasaan undang-undang jalan raya tidak seragam. Prinsip baharu akan diguna pakai ialah The Less You Delay, The Less You Pay, iaitu lebih awal seseorang menjelaskan saman, lebih rendah kadar kompaunnya," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via NSTP

Kerajaan tawar kompaun khas sepanjang tempoh peralihan

Dalam tempoh peralihan sebelum pelaksanaan penuh sistem baharu itu, Loke berkata, kerajaan menawarkan kompaun khas bermula 1 November hingga 30 Disember dengan pengurangan antara 50 hingga 70 peratus bagi saman boleh dikompaun dikeluarkan JPJ dan PDRM.

"Selepas tempoh itu, prinsip The Less You Delay, The Less You Pay sepenuhnya dan tiada lagi tawaran diskaun untuk saman yang tidak dibayar.

"Saya menggesa semua pengguna jalan raya segera menjelaskan saman masing-masing sebelum 30 Disember ini" katanya.

Beliau menggalakkan orang ramai membuat semakan dan membuat pembayaran melalui portal MySikap, aplikasi MyJPJ, MyBayar PDRM serta semua kios JPJ atau semua saluran pembayaran saman PDRM.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: