Perhimpunan Pra-Bersih Di Batu Pahat Berjalan Lancar Manakala US & Jerman Sokong Bersih 4
Perhimpunan Pre-Bersih 4.0 yang diadakan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Malaysia yang akan menyertai perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini.
Cover image via www.facebook.com[TERKINI] Bersih Ugut Saman SKMM Jika Mereka Masih Mahu Sekat Laman Web
Image via www.malaysiakini.com
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata keputusan SKMM bertentangan dengan hak perlembagaan
Image via www.mysinchew.com
Maria menambah perhimpunan Bersih 4.0 banyak bergantung kepada sosial media dan Internet dan sekatan ini akan mendatangkan kesulitan
Image via layzeebee.com
Selain itu, Maria juga berkata SKMM tiada hak untuk untuk menyekat laman web yang mempromosikan bersih
Image via www.tumblr.com
Semalam, SKMM memutuskan untuk menyekat laman-laman web yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan jalanan Bersih 4.0
Image via www.hamradio.net.my
SKMM menambah kebanyakkan risalah yang diedarkan oleh Bersih 4.0 banyak menghasut rakyat melakukan perkara negatif yang boleh mendatangkan keburukkan
Image via malaysia-chronicle.com
SKMM menyatakan pelbagai kegiatan Bersih 4 juga memberi kesan buruk kepada imej negara
Image via designaspolitics.nl
27 Ogos 2015, 7pm: Sekumpulan besar penyokong Bersih 4.0 semalam berkumpul di Dataran Batu Pahat, Johor yang dikatakan sebagai pre-perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan secara besar-besaran hujung minggu ini
Image via www.facebook.com
Sehubungan dengan itu, SKMM menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam menyerbarkan maklumat di laman sosial dan internet terutama kandungan yang menyalahi udang-undang
Image via rebloggy.com
ADUN Penggaram Gan Peck Cheng menerusi laman Facebook berkata, perhimpunan semalam bertujuan untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia yang akan menyertai Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini
Image via www.facebook.com
Menurut Kwee Tiang Chin, 65, salah seorang yang hadir di Dataran Batu Pahat semalam, perhimpunan itu berlangsung dengan aman dan penuh dengan laungan 'Bersih' dan 'Daulat Tuanku'
Image via www.facebook.com
Antara agenda perhimpunan Pre-Bersih 4.0 "Karnival Demokrasi" Sempena Hari Kebangsaan semalam adalah menyanyikan lagu Negaraku, bacaan doa, sesi bergambar bersama, pemberian bendera Malaysia, tandatangan di banner, dan sesi bergambar dengan poster
Image via www.facebook.com
Dalam pada itu, kedutaan Amerika Syarikat dan Jerman dilaporkan akan memantau perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini
Image via www.dw.com
Manakala kedutaan Jerman berkata ia menyokong kebebasan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman
Image via www.destructoid.com
Bernama juga melaporkan Suruhanjaya Tinggi Kanada dan Australia enggan mengulas tentang perkara itu manakala manakala Suruhanjaya Tinggi Britain pula tidak dapat dihubungi.
Perhimpunan Bersih 4.0 ini dijadual berlangsung dari pukul 2 petang, Sabtu 29 Ogos hingga tengah malam Ahad (30 Ogos) ini dan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah
Image via vulcanpost.com

