Bare Skin Facial + Laser Bar Tawar Penyelesaian Penjagaan Kulit & Rawatan Kecantikan
Bare Skin Facial + Laser menggunakan teknologi canggih dan alatan AI untuk menawarkan penyelesaian penjagaan kulit buat para pelanggannya.
Cover image via Bare Skin Facial + Laser BarFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Wanita sememangnya sinonim dengan kecantikan. Malah, kini lelaki juga turut menjaga keterampilan agar kelihatan kemas dan menarik.
Mana tidaknya, keadaan persekitaran yang dikelilingi sumber pencemaran terutama habuk dan pancaran cahaya matahari membuatkan kulit mengalami pelbagai masalah sama ada pigmentasi, jerawat serta ton kulit tidak sekata.
Oleh itu, melakukan perawatan kulit wajah mungkin antara penyelesaian masalah yang dihadapi, kini terdapat rawatan wajah menggunakan teknologi tinggi yang bukan saja memberi hasil positif malah tidak menyakitkan wajah ketika prosedur.
Ini kerana keperluan penjagaan kulit berubah disebabkan gaya hidup, hormon, atau peningkatan usia. Justeru, Bare Skin Facial + Laser Bar (Bare Skin) memainkan peranannya dengan menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang diperibadikan bagi memperkasakan penjagaan kulit di Malaysia.
Ia merupakan penyedia penjagaan kulit yang menyatukan teknologi AI canggih dengan sokongan pengetahuan pakar.
Image via Bare Skin Facial + Laser Bar
Pendekatan inovatif Bare Skin bermula dengan sesi analisis kulit komprehensif yang berasaskan AI
Proses ini melibatkan pengumpulan sejarah perubatan dan gaya hidup melalui soal selidik bagi mengenal pasti dua masalah kulit utama, dan menjalankan imbasan AI bagi menilai sembilan parameter kulit serta menentukan usia kulit.
Kemudian, rawatan akan dirancang berdasarkan maklumat komprehensif ini bagi menjamin keselamatan, menyasarkan masalah dengan tepat dan mewujudkan kriteria asas untuk menjejaki perkembangan.
Maklumat ini seterusnya akan disimpan di bawah profil pelanggan dengan rekod terperinci tentang pelan rawatan dan keadaan kulit anda selepas rawatan.
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Selepas rawatan muka 30 minit oleh pakar estetik bertauliah, anda akan menerima cadangan penjagaan kulit profesional dan panduan penjagaan selepas rawatan bagi mencapai kulit lebih segar dan berseri.
Selain itu, imbasan wajah juga akan dilakukan pada setiap janji temu susulan bagi menjejaki keadaan kulit dan keberkesanan rawatan.
Selain penjagaan kulit, Bare Skin turut menawarkan rawatan buang bulu dengan laser diod ais yang unik
Rawatan buang bulu diod laser tradisional menyasarkan melanin atau pigmen dalam folikel rambut dengan menggunakan haba untuk merosakkan folikel rambut dan menghalang pertumbuhan bulu.
Namun, diod ais menggunakan teknologi sejuk, menjadikan sesi rawatan lebih cepat dan kurang menyakitkan dengan hasil yang sama dan berkekalan.
Di Malaysia, Intense Pulsed Light (IPL) merupakan teknologi biasa untuk proses pembuangan bulu. Ia menggunakan panjang gelombang yang berbeza daripada laser diod, yang menyebabkan kehilangan tenaga apabila ia berpindah dari permukaan kulit ke akar rambut.
Justeru, IPL bukan hanya memerlukan lebih banyak sesi rawatan, malah lebih menyakitkan dan kurang selamat untuk kulit gelap.
Sementara itu, laser diod beroperasi pada panjang gelombang 808nm yang terbukti secara saintifik.
Ia menembus secara lebih mendalam terus ke umbi bulu tanpa kehilangan tenaga, sekali gus mengurangkan sesi rawatan dan memberikan hasil optimum.
Lebih menarik lagi, Bare Skin menambah baik operasi ini dengan hujung penyejukan Sapphire yang mengebaskan kulit untuk lebih keselesaan dan meminimumkan risiko melecur, serta menyampaikan lebih tenaga bagi meningkatkan keberkesanan.
Selain itu, Bare Skin memperibadikan rawatan dengan menyesuaikan parameter berdasarkan jenis kulit, bulu dan warna kulit setiap pelanggan untuk menjamin hasil optimum bagi setiap sesi.
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Dalam pada itu, Ena Cesir yang juga pengasas Bare Skin memberitahu, komitmen pihaknya bukan sekadar menyediakan rawatan, malah berazam mewujudkan gaya hidup yang mengangkat penjagaan kulit sebagai rutin harian
"Saya menubuhkan Bare Skin kerana saya sedar kurangnya kesedaran betapa besar potensi rawatan muka atau 'facial' dari segi penjagaan kulit.
"Antara salah tanggapan umum, rawatan muka adalah penyelesaian yang cepat atau segera dalam menangani masalah kulit. Namun, jika anda telah menghadapi masalah seperti jerawat atau tompok untuk sesuatu tempoh, satu sesi rawatan muka tidak akan menyelesaikan masalah secara kekal," kongsinya.
Jelasnya lagi, satu lagi tanggapan salah yang popular ramai yang percaya semakin lama sesi rawatan muka, semakin baik kesannya, atau lebih banyak nilai yang akan anda perolehi untuk wang anda.
"Jadi, saya ingin menangkis salah tanggapan ini dengan menekankan kepentingan konsistensi dan pemperibadian dalam mencapai kesihatan kulit yang berkekalan.
"Matlamat kami (Bare Skin) adalah untuk menyediakan penyelesaian yang berkesan dan mampu milik yang serasi dengan keperluan unik pelanggan kami mahu memperkasakan mereka untuk mencintai kulit mereka, sepanjang hari, setiap hari," ujarnya.
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Untuk maklumat lebih lanjut tentang penjagaan kulit daripada Bare Skin, anda boleh sahaja layari https://www.bareskinfacialbar.com!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


