Barang Hilang Ketika Buat Umrah & Haji? Ini Tempat Wajib Korang Pergi Untuk Cari Balik
Jangan lupa share dekat sesiapa yang pergi tunaikan umrah dan haji nanti.
Cover image via @ummamekah (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ketika sibuk sedang beribadah mengerjakan haji atau umrah, kadang-kadang kita tak sedar mungkin ada barang yang sudah tercicir
Mengambil maklum keluasan Masjidilharam, para jemaah yang ada kehilangan barang kadangkala hanya reda sahaja.
Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan sebuah lokasi 'Lost and Found' di Masjidilharam telah mendapat perhatian dan memberi harapan kepada mereka untuk menemui barang yang telah hilang.
Image via Instagram
Tak perlu beri maklumat diri, hanya perlu beritahu barang apa yang hilang
Menerusi video perkongsian @ummamekah di Instagram, dia memberitahu lokasi tempat itu berada berdekatan pintu keluar sai dan marwah.
Para jemaah boleh mencari landmark bangunan bertanda WC 9 untuk menemui lokasi berkenaan kerana ia berada berdekatan dengan bangunan terbabit.
Tambahnya lagi, bagi mereka yang kehilangan barang, mereka tidak perlu menunjukkan identiti dan maklumat diri tetapi hanya perlu memberitahu barang apa yang hilang dan staf di situ akan bantu mencari di tempat pengumpulan barang hilang itu.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


